MAHASISWA CEMERLANG PENENTU KEPADA PENULISAN TUGASAN DAN PENULISAN ILMIAH YANG BETUL
PRESIDEN
Penulisan Tugasan (assigmnent) dan Penulisan Ilmiah (Tesis) adalah dua jenis tugasan yang diperlukan oleh seseorang mahasiswa/i tempuhi di alam kampus. Namun, ramai mahasiswa/i masih lagi tidak menggunakan teknik penulisan dengan cara yang betul yang telah ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terdapat dalam kalangan mahasiswa/i yang berpendapat penulisan tugasan dan penulisan ilmiah yang disiapkan hanya untuk mendapat markah tugasan yang telah ditetapkan oleh sesuatu kursus yang ditawarkan. Mereka inginkan markah sesuatu tugasan itu mendapat markah yang tinggi namun, Maka, teknik-teknik penulisan tugasan dan penulisan ilmiah ini adalah sangat perlu bagi seseorang mahasiswa untuk mempelajarinya dan menggunakan apabila menyiapkan tugasan dan tesis yang dihasilkan. Sehubungan dengan itu, Persatuan Geografi UPSI telah menganjurkan satu Bengkel Pendidikan Geografi dan Penulisan Ilmiah pada 26 & 27 Mac 2010 sebagai satu keperluan dan bertepatan dengan keperluan mahasiswa/i untuk dijadikan panduan kepada mahasiswa/i dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang bermutu dan berkualiti dan kesalahan bahasa dan tanda baca yang dapat dielakkan. Menurut, Presiden Persatuan Geografi Saudara Abdul Jabbar bin Mohammad program ini telah dirancang oleh jawatankuasa persatuan untuk melahirkan mahasiswa/i pendidikan geografi khususnya dan amnya kepada mahasiswa/i dari pelbagai program supaya menggunakan teknik-teknik penulisan yang betul. Ini kerana masih ada dalam kalangan mahasiswa/i yang tidak menggunakan teknik penulisan dengan betul. Hal ini telah menyebabkan penulisan tugasan dan penulisan ilmiah yang telah dihasilkan oleh mahasiswa/i tidak dapat diterbitkan kerana terdapat kesalahan-kesalahan yang ketara dalam sesebuah penulisan yang dihasilkan. Program seumpama ini diharapkan dapat membantu ahli-ahli persatuan supaya menimba ilmu dan sering mendapat tunjuk ajar yang berguna daripada pensyarah dalam menghasilkan sesebuah penulisan. Beliau juga berharap program ini akan dijadikan titik permulaan kepada mana-mana persatuan supaya menganjurkan program yang memberi nilai tambah yang tinggi kepada ahli-ahli supaya menggunakan teknik penulisan akademik yang betul dan berkesan mengikut disiplin ilmu masing-masing. Saudari Norsyazwani binti Ilyas, Pengarah Program Bengkel Pendidikan Geografi dan Penulisan Ilmiah anjuran Persatuan Geografi ini merupakan satu aktiviti yang berbentuk ilmiah yang perlu dihadiri oleh ahli-ahli persatuan yang bernaung dibawah Persatuan Geografi. Namun demikian, persatuan juga turut mengalu-alukan kehadiran mahasiswa/i yang mengikuti kursus minor Pendidikan Geografi supaya mendapat ilmu berkaitan teknik-teknik penulisan akademik. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Penasihat Persatuan Geografi, En. Azmi bin Ahmad Baharom dan Ketua Jabatan Geografi, Yg. Bhg. Prof. Dr. Zainudin bin Othman yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan program ini sebaik mungkin sehingga mencapai objektif kepada kumpulan sasaran dan tidak lupa kepada Jawatankuasa Persatuan Geografi yang memberi kepercayaan melaksanakan program ini dengan jayanya. Kepada semua ahli Persatuan Geografi yang menghadiri program tersebut saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kalian kerana sudia meluangkan masa yang amat terhad dan terbatas dengan menghadiri program dan amanat yang hendak disampaikan oleh penceramah mengenai bengkel penulisan akademik. Bagi Penceramah Wacana Akademik daripada Pusat Bahasa Moden, Pn. Rohaizah binti Abdul Karim mengharapkan para mahasiswa/i menggunakan teknik penulisan yang betul dalam penulisan akademik. Katanya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Geografi UPSI yang sudi menjemputnya menyampaikan teknik penulisan ilmiah yang betul dan berkesan. Kepada mahasiswa/i mereka harus menggunakan teknik penulisan akademik yang telah ditetapkan oleh universiti untuk digunakan dalam penulisan tugasan samada menggunakan teknik Harvard, Chicago ataupun APA. Penulisan akademik mesti mengikut keselarasan yang betul supaya tidak diragui oleh para pembaca. Beliau mengingatkan supaya mahasiswa/i khususnya peserta bengkel supaya menitikberatkan soal bahasa dan tanda baca yang dipandang remeh oleh kebanyakan mahasiswa/i dan kesalahan yang paling ketara dalam sesebuah penulisan akademik. Ianya amat merugikan para mahasiswa/i itu sendiri kerana akan menyebabkan markah tugasan yang rendah. Nasihat berguna Pn. Rohaizah kepada peserta bengkel amat diperlukan oleh para mahasiswa/i supaya tidak terikut-ikut budaya kesalahan sebaliknya mahasiswa/i perlu mempelajari teknik penulisan dan tanda baca dengan betul untuk digunakan dalam sesebuah penulisan akademik yang dihasilkan. Sehubungan dengan itu, penceramah yang juga pensyarah Jabatan Geografi Dr. Mazdi bin Marzuki mengharapkan para mahasiswa/i khususnya dari Pendidikan Geografi menjadi lebih hebat daripada pensyarah itu sendiri. Kehebatan itu terserlah melalui penulisan akademik yang bagus disamping idea-idea yang menarik dan penggunaan bahasa serta kesalahan tanda baca yang minimum dalam setiap penulisan akademik. Slot bengkel yang disampaikan oleh Dr. Mazdi bin Marzuki iaitu Persediaan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) dan Persedian Pratikum yang dijalankan pada hari kedua bengkel iaitu pada hari Sabtu 27 Mac 2010. Beliau menyatakan supaya mahasiswa/i Pendidikan Geografi khususnya supaya mendalami ilmu dan menyampaikan isi pembelajaran dengan baik semasa menjalankan ROS dan Praktikum dan yang paling penting jangan merosakan imej Jabatan Geografi dengan perangai yang dilakukan oleh segelintir mahasiswa/i yang menjalani ROS dan Praktikum yang boleh menjejaskan imej keseluruhan mahasiswa/i UPSI. Oleh itu, harapan beliau supaya persediaan yang rapi dan tingkah laku yang sopan sebagai pendidik perlu ditonjolkan di sekolah semasa menjalani ROS dan Praktikum di sekolah. Beliau turut menasihati mahasiswa/i yang akan menjalani praktikum di sekolah supaya membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan terperinci dan rapi yang boleh mendorong mendapat markah yang tinggi semasa menjalani praktikum di sekolah. Alat bantu mengajar juga seharusnya digunakan di sekolah sebagai bahan yang boleh membantu para pelajar memahami isi kandungan yang hendak disampaikan oleh guru pelatih. Jika guru penyelia tidak tahu menggunakan komputer, guru pelatih hendaklah menggunakan bahan-bahan elektronik seperti komputer untuk dijadikan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Tidak ada masalah hendak menggunakan bahan tersebut asalkan isi kanduang pembelajaran yang hendak disampaikan itu berjaya disalaurkan kepada pelajar. Oleh itu, Bengkel Pendidikan Geografi dan Penulisan Ilmiah yang seumpama ini amat sarat dengan ilmu yang dicurahkan kepada peserta bengkel dan amat berguna untuk dijadikan persiapan dalam menghadapi kehidupan seorang guru yang bitara. Perasmian penutupan Program Bengkel Pendidikan Geografi dan Penulisan Ilmiah anjuran Persatuan Geografi dan Jabatan Geografi UPSI ini dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dr. Mohamad Suhaily Yusri bin Che Ngah, Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UPSI. Beliau mengalu-alukan program seumpama ini supaya dapat memberi persiapan kepada mahasiswa/i khususnya daripada Pendidikan Geografi kerana dapat melahirkan penulisan yang asli melalui teknik-tekni penulisan akademik yang betul.
No comments:
Post a Comment