Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, April 30, 2010

PROGRAM-PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH PERSATUAN GEOGRAFI UPSI



Senarai Program Yang Telah dianjurkan oleh Persatuan Geografi
Bil.
Program
Masa
Tempat

1.
Majlis Anugerah Dekan kepada pelajar Pendidikan Geografi
15 Oktober 2009
Persekitaran Makmal Geografi

2.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
15 Oktober 2009
Persekitaran Makmal Geografi

3.
Pameran Poster Geografi Kesihatan bagi Kursus Geografi Dunia

13 - 15 Oktober 2009
Persekitaran Makmal Geografi

4.

Lawatan Kursus Kajian Atmosfera

16 - 18 Oktober 2009

Cameron Highlands, Pahang.

5.
Majlis Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir

Minggu Ulangkaji

Surau An-Nur

6.
Pengedaran Kalendar Akademik kepada semua pelajar dan pensyarah Geografi

Sepanjang Semester 2 sesi 2009/2010

Kampus UPSI

7.

Derma Kematian penjaga kepada pelajar Geografi

Bulan Januari-Februari

Kampus UPSI

8.

Derma Majlis Tahlil di atas Kematian 2 pelajar UPSI

Bulan Januari

Surau As-Salikin KUO
9.
Penyertaan 2 Pasukan Futsal Lelaki wakil Persatuan Geografi anjuran KOSMO! dan Pusat Sukan UPSI

Januari

Gelanggang Futsal UPSI

10.
Penyertaan 3 Pasukan Futsal Lelaki Piala Ungku Omar

6 Februari 2010
Gelanggang Futsal  KUO

11.
Menerima Jemputan menghadiri Majlis Muafakat Guru Pelatih Malaysia (MUAFAKAT) di UUM, Sintok.
(Presiden mewakili Persatuan Geografi menghadiri majlis)


5 - 7 Mac 2010


UUM, Sintok, Kedah

12.
Penyertaan 1 Pasukan Beregu Badminton Lelaki wakil Persatuan Geografi pada Kejohanan Badminton Tertutup 2010

22 Mac 2010

Gimnasium UPSI
13.
Bengkel Pendidikan Geografi dan Penulisan Ilmiah 2010

26 & 27 Mac 2010

Kampus UPSI
14.
Penyertaan 2 Pasukan Bola Jaring (Perempuan) wakil Persatuan Geografi pada Kejohanan Bola Jaring Tertutup UPSI

3 - 4 April 2010

Padang Utama UPSI

* Sebahagian Program Yang dianjurkan oleh Persatuan Geografi sesi 2009/2010
Senarai Program Yang Dirancang Tetapi Ditunda Pada Tarikh Lain
Bil.
Program
Masa
Tempat

1.

Program Skor A PMR dan SPM

Bulan Februari ke Bulan Julai 2010

Selangor

2.

Program Bersama Rumah Taman Sinar Harapan OKU 

Bulan Februari ke Bulan Julai 2010

Taman Sinar Harapan, Hulu Selangor

3.

Program Gotong Royong Perdana

Bulan Januari ke Bulan Julai 2010
Sekitar Kampus dan kawasan berhampiran

4.

Minggu Pendidikan Geografi dan Alam Sekitar 2010

Bulan Mac ke Bulan Julai 2010

Kampus UPSI

5.

Baktisiswa Mahasiswa Mesra Bermasyarakat

Bulan Mei @ November 2010

Sungai Burung, Tanjong Karang, Selangor.

6.

Hari Interaksi Pelajar Pendidikan Geografi

Bulan Januari ke Bulan Julai 2010

Padang Utama, UPSI

Program Baru Yang Dirancang dan Berdasarkan Kelulusan Penganjuran Program
Bil.
Program
Masa
Tempat

1.

Kem Kesedaran Alam Sekitar

Julai 2010

FRIM, Kepong


2.

Lawatan Akademik ke salah satu negara ASEAN

Januari 2011
Sumatera @ Acheh, @ Thailand @ Singapura


3.

Lawatan Ke Pameran Mamalia anjuran Jabatan Muzium Malaysia

Julai @ Ogos 2010

Putrajaya



4.

Kempen “No Plastic”

Konvokesyen

Kampus UPSI


5.

Kempen Jimatkan Tenaga


Julai 2010

Kampus UPSI, Kolej-kolej Kediaman


6.

Program Sekolah Bitara

Julai - Ogos 2010

Perak & Selangor



7.

Debat Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar

Julai - Ogos 2010

Kampus UPSI




8.

Hari Bersama Fakulti
(Idea dicetuskan oleh Presiden Persatuan Geografi dan diterima dalam mesyuarat bersama Dekan, Timbalan Dekan Akademik & Pembangunan Pelajar FSSK dan pensyarah penasihat persatuan-persatuan dalam FSSK



Julai 2010



Kampus UPSI

* Jika mendapat kelulusan JHEPA dan tarikh hanya sebagai cadangan sahaja.

Saturday, February 6, 2010

Pelajar PhD Kita (Malaysia) terima anugerah Ratu Elizabeth Daripada Harny Abu Khair di London bhnews@bharian.com.my

SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom. Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini. Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.
Tahun lalu, Noor Zaiton turut diberi penghormatan menyampaikan ucaptama dalam persidangan antarabangsa Urban Environmental Management and Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagen, Denmark. Noor Zaiton ketika dihubungi, berkata pengiktirafan itu meletakkan nama negara di peringkat antarabangsa. "Setakat ini, saya belum pernah dengar mana-mana pelajar Malaysia menerima anugerah berprestij ini dan saya sangat bersyukur kerana terpilih menerimanya. Ia adalah kejayaan negara dan UMT. "Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami," katanya. Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian.
"Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia," katanya. Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama. Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara. "Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar," katanya.

Thursday, September 17, 2009

JADILAH RAKAN ALAM SEKITAR


Anda mahu menjadi Rakan Alam Sekitar? sila layari laman web Jabatan alam sekitar (sini) dan isilah borang ini untuk menjadi ahli

Sunday, September 13, 2009

Penambahbaikan


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia. Blog GeografiUPSI masih di dalam proses penambahbaikan. InsyaAllah Blog ini akan dilancarkan sepenuhnya selepas cuti hari raya Aidilfitri.

Monday, August 31, 2009

MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN GEOGRAFI UPSI SESI 2009/2010

EN.AZMI BIN AHMAD BAHAROM
(PENASIHAT)

ABDUL JABBAR B VM PACKEER MOHAMMAD
(PRESIDEN)

FARHAH NATSHA BT MOHD SULAINI
(TIM.PRESIDEN)

SUZIWATI BT EFFENDI
(SETIAUSAHA)

MOHAMAD NAZMI B ZARA'AI
(BENDAHARI)

ROSNANI BT UDIN
(TIM.SETIAUSAHA)

NORSYAZWANI BT ILYAS
(TIM.BENDAHARI)

AHMAD SYAHRIR B HJ.ALIAKHBAR
(EXCO TUGAS-TUGAS KHAS)

SAHILA BT ABU
(EXCO PERHUBUNGAN, TAJAAN DAN KEUSAHAWANAN)

MUHAMAD FARIS B ISMAIL
(AKADEMIK DAN MOTIVASI)

SHARON CHAI BONSKIRO
(EXCO SUKAN DAN REKREASI)

NURUL JANNAH BT ABDUL HALIM
(EXCO KEBAJIKAN, MORAL DAN SAHSIAH DIRI)

NURHIDAYATUL NISHA BT ATAN
(EXCO KHIDMAT MASYARAKAT DAN LAWATAN)

NURUL ASHIKIN BT NGADENAN
(EXCO INFORMASI DAN PENERBITAN)

Semoga dengan lantikan baru ini, PERGEO UPSI 09/10 akan bertambah maju dan ke hadapan... PERGEO Bitara!!!

Wednesday, July 15, 2009

LPA Salak Tinggi mungkin ditutup

Berikut merupakan petikan artikel berkenaan yang dimuatkan dalam akhbar online Utusan Malaysia.


SEPANG 14 Julai - Loji Pembersihan Air (LPA) Salak Tinggi yang membekalkan air kepada 10,000 penduduk di sini mungkin terpaksa ditutup sepenuhnya akibat pencemaran berterusan di Sungai Labu.

Loji tersebut pernah ditutup sebanyak 13 kali sejak 2005 dan mencatat rekod penutupan selama tiga bulan gara-gara air sungai tercemar dan tidak menepati piawaian kesihatan.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, pencemaran ammonia di Sungai Labu menjadi serius terutama pada musim kemarau ketika paras air sungai rendah.

''Pencemaran ammonia berpunca daripada sampah dan bahan buangan industri di sungai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Seekor ikan ditemui menggelupur di gigi air kawasan pertembungan Sungai Nilai dan Sungai Labu di Sepang semalam, mungkin disebabkan airnya tercemar. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

Utusan Malaysia semalam melaporkan operasi LPA Salak Tinggi di sini terpaksa dihentikan kerana pencemaran ammonia, air berbuih dan berbau busuk. Loji ini pernah ditutup pada 26 Jun lalu tetapi dibuka semula pada 28 Jun. Ia terpaksa ditutup semula pada 6 Julai lalu selepas air Sungai Labu didapati tercemar. Bekalan air di Sepang bagaimanapun tidak terjejas kerana Syabas telah menyalurkan air dari sumber alternatif melalui Sungai Semenyih. Penduduk di Kampung Tanjung, Nilai yang menetap di tepi sungai mendakwa pencemaran Sungai Labu berpunca daripada bahan buangan industri dari Sungai Nilai yang mengalir ke Sungai Labu. Abdul Halem berkata, selain LPA Salak Tinggi, LPA Batu 11 di Cheras merupakan satu lagi loji yang yang paling kerap dihentikan operasi kerana pencemaran di Sungai Langat. Menurutnya, LPA Batu 11 Cheras telah dihentikan operasinya pada hari ini selepas Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (Puncak Niaga) mengesan pencemaran ammonia di sungai tersebut. ''Bekalan air bagaimanapun tidak terjejas kerana Syabas telah menyalurkan air dari sumber alternatif. ''Puncak Niaga telah memaklumkan kepada pihak berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar sebaik menerima laporan mengenai pencemaran sungai," katanya.



Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my