Monday, April 26, 2010

KEMPEN PENJIMATAN TENAGA

KEMPEN PENJIMATAN TENAGA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
Penggunaan tenaga berlebihan terutamanya tenaga elektrik kini semakin ketara. Penggunaan tenaga elektrik seharusnya digunakan secara berhemah dan berjimat cermat tanpa adanya pembaziran sumber tenaga. Penggunaan tenaga elektrik dengan cekap dan bijaksana bermakna kita boleh menikmati kemudahan dan keselesaan tanpa menjejaskan alam sekitar kita.
KESAN PENGGUNAAN TENAGA BERLEBIHAN
Akan berlaku peningkatan bil elektrik. Penghasilan gas-gas seperti CFC, bahangan panas dan sebagainya akan menyebabkan Penipisian Lapisan Ozon, boleh menyebabkan pelbagai penyakit dihadapi akhirnya berlaku Pemanasan Global (perubahan iklim dunia).

LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA
Menutup suis lampu dan penghawa dingin apabila tidak digunakan terutamanya ketika waktu rehat atau keluar dari pejabat. Tutup lampu ketika waktu siang. Jika anda keluar daripada bilik, rumah, kolej dan sebagainya, pastikan tutup semua suiz lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan seperti kipas, pengecas telefon, komputer, dan lain-lain.
PESANAN IKHLAS DARIPADA:
Persatuan Geografi & Jabatan Geografi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
“GEOGRAFI GAH GEMILANG”
KEPADA:
Semua Warga Kampus
“Anda Mampu Melakukan”

No comments:

Post a Comment