Friday, May 1, 2009

Guru berpolitik??

APABILA isu pembabitan guru dalam politik dicadangkan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini, ia menerima pelbagai reaksi masyarakat.
APABILA isu pembabitan guru dalam politik dicadangkan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini, ia menerima pelbagai reaksi masyarakat.Ada menyambut baik cadangan itu, tetapi meletakkan syarat tertentu dan yang lain mahu golongan pendidikan dilarang menyertai politik kerana bimbang menjejaskan mutu pendidikan.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.Pegawai kerajaan Kumpulan A atau Pengurusan juga dilarang mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti berkempen, sama ada pada waktu pejabat atau luar waktu pejabat.Bagaimanapun, jika cadangan itu ditarik balik, apakah guru mampu memberi sumbangan terhadap usaha memartabatkan industri pendidikan negara sedangkan mereka terpaksa menjalankan dua tanggungjawab serentak? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail, berkata pembabitan guru dalam politik tidak menjejaskan pendidikan negara terutama generasi muda. Beliau yang juga bekas guru besar, berkata kejayaan guru berpolitik sudah dibuktikan sejak Umno ditubuhkan."Berpolitik dalam kalangan guru bukannya baru kerana sejarah membuktikan pejuang bangsa dahulu terdiri daripada golongan pendidik malah mereka dipandang tinggi dalam masyarakat."Walaupun bertanggungjawab mendidik, mereka turut memperjuangkan bangsa Melayu," katanya.Pembabitan guru dalam bidang politik juga dilihat mampu melahirkan idea baru kerana mereka dekat dan dihormati masyarakat.Menurutnya, cadangan Hishammuddin mungkin bertitik- tolak daripada trend masa kini apabila bidang politik lebih banyak dimonopoli golongan korporat. "Pembabitan guru membantu melahirkan golongan ahli politik yang berkebolehan dengan idea bernas dan segar."Tiada salahnya seseorang guru itu berpolitik asal mereka mempunyai minat dan bersikap profesional," katanya.Katanya, masalah guru mengabaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa kerana berpolitik tidak akan timbul kerana beliau percaya mereka boleh menguruskan masa dengan baik."Sebagai pendidik, mereka sentiasa bersikap profesional dan bertanggungjawab."Jadi, saya pasti guru yang berpolitik ini mampu melakukan dua tanggungjawab dalam satu masa," katanya yang berpengalaman 25 tahun menjadi pendidik.Mengulas Perlembagaan Persekutuan melarang pegawai dalam kumpulan A dan pengurusan tertinggi terbabit aktif dalam politik, Ibrahim berkata perlembagaan boleh dipinda jika mendapat persetujuan ramai."Kita yang mencipta Perlembagaan, justeru tiada masalah untuk meminda atau mengubah asalkan mendapat persetujuan dan memberi manfaat kepada masyarakat."Pada masa sekarang pun, ada guru terbabit dalam politik secara diam-diam, justeru lebih baik memberi kebenaran daripada mereka melakukannya secara rahsia," katanya.Jika guru mahu aktif dalam politik, Ibrahim menasihatkan mereka sentiasa bertanggungjawab kepada kerjaya dan politik."Jika menyertai mana-mana parti politik pun, mereka perlu bersikap adil dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar," katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Hilmi Ramli, berkata pembabitan guru dalam politik lebih banyak memberikan impak negatif berbanding positif.Menurutnya, jika guru berpolitik, ia akan menjejaskan pendidikan anak bangsa selain memecahbelahkan bangsa Melayu."Guru perlu bersikap neutral dan tidak memihak mana-mana parti politik. "Saya percaya golongan guru tahu pendirian mereka sebagai pendidik dan lebih bertanggung jawab untuk memberi ilmu kepada pelajar."Jika taksub kepada mana-mana politik pun, jangan dibawa sentimen atau emosi di sekolah termasuk ketika mengajar dalam kelas."Jika emosi mengenai kepartian dibawa ke sekolah, saya bimbang perpecahan masyarakat bertambah parah," katanya.Katanya, bangsa Melayu sudah berpecah-belah dengan adanya pelbagai parti politik dan tidak punya persepakatan.Hilmi berkata, kebanyakan guru dahulu adalah pejuang politik terutama ketika era menuntut kemerdekaan dan penubuhan Umno.Bagaimanapun, katanya dengan perkembangan semasa yang gawat, pembabitan golongan pendidik dalam arena politik tidak sesuai."Jika golongan guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan lain pastinya mahu hak yang sama dan ini menimbulkan pelbagai implikasi kepada masyarakat serta negara."Jika semua pihak asyik berpolitik, apa akan jadi kepada urusan penting negara dan jika dilakukan pun, mungkin kualitinya merudum," katanya.Bagaimanapun, katanya jika golongan itu tetap mahu terbabit secara aktif dalam politik, mereka boleh berhenti dan meletak jawatan sebagai pendidik.