Sunday, May 2, 2010

AMANAT PROFESOR DATO' DR IBRAHIM KOMOO


Oleh : Profesor Dato’ Dr Ibrahim Komoo
[ Biografi ringkas ]
Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM
http://www.lestari.ukm.


PERSIDANGAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan ‘pembangunan lestari’ diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21.
Pembangunan lestari atau ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia.
Dua tahun berikutnya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mewujudkan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan atau dikenali Lestari, dan diberi mandat untuk meningkatkan keupayaan institusi kebangsaan dan serantau bagi menangani isu berkaitan pembangunan lestari melalui penyelidikan dan latihan.
Selepas sekian lama dibangunkan, pada  1 Oktober 2009 , Lestari menyambut ulang tahun ke-15. Marilah kita ikuti perkembangan dan pencapaiannya untuk pengetahuan, iktibar dan penghayatan awam.
Pada awal penubuhannya, Lestari banyak memberi tumpuan kepada penyelidikan bersifat pelbagai disiplin dalam empat bidang tujahan iaitu kelestarian dalam konteks ekosistem bandar, ekosistem persisiran, kepelbagaian biologi dan interaksi manusia dengan alam sekitar.

                                                 1
Bagaimanapun, pencapaian paling menyerlah ialah apabila Lestari bersama rakan strategiknya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor berjaya menghasilkan dokumen polisi dan implementasi ‘Agenda 21 Selangor’. Cadangan ini diterima pakai kerajaan Selangor untuk melaksanakan agenda pembangunan lestari peringkat negeri, menjadikan Selangor negeri pertama di Malaysia menyahut tuntutan global melaksanakan pembangunan secara lestari.
Salah satu komponen penting Agenda 21 Selangor ialah keperluan mewujudkan dasar perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Pembangunan yang pesat di Selangor, diikuti permintaan untuk membangun di kawasan berbukit dan tadahan air memerlukan dasar yang kukuh untuk mengawal pembangunan di kawasan sensitif.
Hari ini, dasar perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar bukan saja digunakan di Selangor, malah diguna pakai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia sebagai dasar pembangunan lestari kebangsaan, khususnya untuk merancang pembangunan di kawasan bukit.
Kajian oleh penyelidik Lestari mengenai Status Alam Sekitar dan Keupayaan Tampungan Pulau Sipadan pula, membuka lembaran baru kepada Lestari. Penyelidikan bagi pihak Bahagian Keselamatan Negara meletakkan Lestari berada pada kedudukan kritikal sebagai penasihat saintifik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Sabah untuk menentukan hala tuju pembangunan Sipadan.
Sipadan penting untuk Kerajaan Pusat dalam konteks keselamatan negara kerana isu tuntutan bersama Malaysia-Indonesia dan kedudukannya paling selatan di Sabah. Bagi kerajaan negeri Sabah pula, Sipadan adalah permata untuk pelancongan selam skuba yang boleh menjana ekonomi tempatan. Pada masa sama, pulau paling sensitif daripada perspektif alam sekitar sedang menuju kemusnahan. Input akademik berjaya membawa kesepakatan antara Kerajaan Pusat dan negeri untuk melaksanakan perancangan pembangunan Sipadan secara lestari.
Pembabitan Lestari dengan beberapa agensi Kerajaan Pusat, khususnya beberapa jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar membolehkan hasil penyelidikan disalurkan terus kepada pembuat dan pelaksana dasar.
Projek Sekolah dan Bandar Lestari bersama Jabatan Alam Sekitar membolehkan idea kelestarian diserapkan dalam pelbagai program dan aktiviti sekolah dan bandar terpilih secara berterusan. Projek berasaskan kepada penyediaan garis panduan untuk anugerah sekolah dan bandar yang mengamalkan unsur kelestarian ini telah menjadi pencetus inisiatif kebangsaan untuk kebanyakan sekolah dan bandar merancang aktiviti ke arah pembangunan lestari.
Kejayaan paling menyerlah pada peringkat kebangsaan dan global ialah apabila Lestari bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) untuk membangun kepulauan Langkawi sebagai Geopark Global. Penyelidikan saintifik secara berterusan mengenai sumber warisan geologi, biologi dan budaya membolehkan aktiviti pelancongan di Langkawi dibangunkan dengan menggunakan sumber warisan alam.
Pencapaian ini membolehkan Jaringan Geopark Global yang dipelopori Unesco mengangkat Langkawi sebagai satu-satunya Geopark Global di Asia Tenggara. Sejak itu, Lestari dilihat sebagai peneraju pembangunan wilayah berasaskan konsep geopark, dan kini sering dirujuk dan dijemput untuk membantu beberapa negara di Asia, terutama China, Jepun dan Korea, membangunkan geopark mereka.
Usaha berterusan menjalin hubungan berasaskan konsep menang-menang, meletakkan Lestari sebagai rakan kongsi istimewa oleh sejumlah agensi kerajaan di peringkat negeri dan kebangsaan. Kini Lestari sering diundang untuk menerajui atau bersama merangka dasar dan pendekatan baru, khususnya yang berkaitan dengan inisiatif pembangunan lestari.
Lestari terbabit bersama Majlis Keselamatan Negara merangka pelan tindakan kebangsaan untuk mengurangkan risiko bencana berasaskan Kerangka Tindakan Hyogo; terbabit dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam memperkemas isu berkaitan tadbir urus bahan kimia berbahaya; pengurusan sumber air secara terintegrasi (IWRM) dan menyediakan dasar kebangsaan mengenai perubahan iklim.
Bersama Unit Perancangan Ekonomi, penyelidik lestari diberi penghormatan merangka Penunjuk Pembangunan Lestari (SDI) yang bakal digunakan untuk memantau pembangunan negara masa depan secara lestari.
Lima belas tahun adalah masa singkat untuk membangun sebuah institusi penyelidikan mencapai kecemerlangan. Lestari bergerak pantas dan kini berada pada kedudukan dihormati. Apakah ramuan kejayaan ini? Sebagai orang dalam, saya melihat gabungan kepemimpinan, sumber manusia dan strategi pelaksanaan adalah faktor yang menentukan kejayaannya.
Bagaimanapun, strategi menyediakan sekitaran bekerja sebagai satu pasukan dan penekanan kepada aktiviti jaringan dan jangkauan menjadi faktor penentu mencapai kejayaan. Alam sekitar dan pembangunan bukan saja isu global dan ia sangat rapat dengan pembangunan pada peringkat tempatan.
Isu asas, bukan untuk memilih sama ada alam sekitar atau pembangunan, tetapi ia membabitkan pemilihan bijak untuk mempertimbangkan kedua-dua secara bersama daripada perspektif integratif dan syumul. Pilihan ini bukan untuk kepentingan alam sekitar atau pembangunan, tetapi untuk memastikan manusia masih ada tempat di bumi ini untuk terus hidup.
Bagaimanapun, saya ingin mengimbas kembali situasi negara menangani isu ‘alam sekitar dan pembangunan’. Melihat kepada beberapa isu genting seperti pencemaran alam sekitar terutama pencemaran sungai, degradasi tanah dan hutan, bencana buatan-manusia, sikap kepenggunaan dan pengurusan sampah-sarap, gejala sosial, kita masih belum jauh bergerak daripada takuk lama.
Sekiranya kesedaran masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar tinggi dan keprihatinan mengenai kesejahteraan komuniti meningkat – mengapa gagasan pembangunan lestari masih belum menyerap ke dalam urat dan nadi seluruh jentera pembangunan negara?
Mengapa negara yang proaktif dalam banyak perkara, dan memegang slogan ‘Malaysia Boleh’ sukar menyerahkan jiwa dan raga untuk melaksanakan gagasan pembangunan lestari? Inilah persoalan yang masih belum dijawab oleh Lestari. Persoalan yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh warga Malaysia – individu, komuniti, masyarakat, bangsa dan kepemimpinan negara.
Catatan Editor:// Prof Dato’ Dr Ibrahim Komoo ialah Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) UKM yang juga Pengarah Bersekutu Pengasas Lestari.
Artikel ini pernah diterbitkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 30 September 2009. Pihak editorial  mengambil inisiatif untuk memuatkan kembali di MajalahSains.Com dengan keizinan bertulis dari Prof Dato’ Dr Ibrahim Komoo.

Dipetik daripada: http://majalahsains.com/2010/01/lestari-budayakan-pengurusan-alam-sekitar/

Indikator Pembangunan Lestari : Perspektif Malaysia

Indikator bagi Pembangunan Lestari : Perspektif Malaysia
Bahagian – I


Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam rancangan malaysia ke tujuh (GOM 1996). Plan tersebut juga menerangkan langkah – langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia, langkah – langkah baru pula telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke – 7 (1996 – 2000) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.

Rancangan Malaysia Ke – 7 menyatakan bahawa terdapat suatu keperluan bagi mengukuhkan pangakalan data alam sekitar (environmental database) dan sistem maklumat (information systems) untuk ”.....secara jelas menggambarkan hubungan antara alam sekitar dan pembangunan lestari” dan membangunkan indikator bagi mengukur kelestarian pembangunan, bagi menyediakan pengukur untuk memantau dan menilai kemajuan kearah pembangunan lestari di Malaysia.

Suruhanjaya Brutland mengenai Pembangunan dan Alam Sekitar memberi definisi mengenai pembangunan lestari sebagai ”...... pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengabaikan potensinya untuk keperluan generasi akan datang. (WCED 1987). Walaubagaimanapun tiada konsensus rasmi mengenai pendifinisian terhadap pembangunan lestari. Ini berlaku sebahagianya kerana pembangunan lestari di lihat sebagai proses yang dinamik, bukanya dalam keadaan yang statik yang boleh diterangkan dengan jelas. Konsep Pembangunan Lestari juga berhubungkait dengan banyak hal termasuk norma dan nilai yang cenderung berkembang di dalam tradisi dan budaya, dan juga berhubung dengan perbezaan alam sekitar geo yang sudah tentu mempunyai lingkungan khusus.

Dalam usaha untuk menaksirkan prestasi kearah mencapai objektif pembangunan lestari, Bab 40 dalam Agenda 21 Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar Dan Pembangunan (UNCED) menggalakan negara – negara dan pertubuhan antarabangsa untuk membangunkan indikator pembangunan lestari. Saranan dalam Agenda 21, yang mana pembangunan indikator boleh diharmonikan dengan koordinasi yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN).

Polisi bagi menggalakan pembangunan lestari diterangkan di dalam Rancangan malaysia Ke 7 adalah diinspirasikan oleh UNCED dan Agenda 21. Walaupun Malaysia menyertai inisiatif yang di taja oleh UN bagi membangunkan indikator – indikator pembangunan lestari, ia telah memilih untuk meneruskan formulanya tersendiri dengan mewujudkan metodologi sendiri dan indikator – indikator yang dipilih mempunyai refleksi yang amat rapat dengan keupayaan dan keperluan sebenar negara.
Indikator Pembangunan Lestari (IPL)

Minat terhadap indikator – indikator pembangunan lestari adalah suatu yang baru tetapi secara umumnya ianya bukanlah suatu yang baru, dalam kebanyakan bidang kepolisian ia telah lama dipraktikan secara umumnya. Sebagai contohnya ia boleh dijumpai dalam sektor ekonomi, dimana keluaran dalam negeri kasar (GDP), debit nasional dan kadar penganguran merupakan antara indikator – indikator ekonomi bagi sesbuah negara. Penggunaan indikator dalam perancangan agak biasa digunakan : sebagai contoh kadar literasi, akses kepada penjagaan kesihatan, nisbah doktor/populasi dan sasaranya, selalu digunakan sebagai indikator dalam pembangunan 5 tahun Rancangan Malaysia.

Walaubagaimanapun, polisi bertujuan untuk mencapai pembangunan lestari adalah sesuatu yang baru dan sehingga kini persetujuan mengenai penggunaan indikatornya masih dibandingkan dengan sektor ekonomi dan sosial. Secara umumnya inidkator seperti keluaran dalam negara kasar dan pengukuran setiap sumber – sumber dan aliran pencemaran tidak menyediakan indikator yang mencukupi bagi kelestarian. Indikator bagi pembangunan lestari adalah amat diperlukan bagi membuat keputusan yang kukuh dan berasas pada semua tahap kerajaan, maklumat kepada awam dan kemajuan pemantauan ke arah mencapai objektif penyeliaan sendiri kelestarian. Ini memerlukan suatu mekanisma yang berasaskan aplikasi yang membolehkan alam sekitar diambil kira dalam proses membuat keputusan. Dalam pembangunan.

Kelestarian menunjukan keseimbangan berterusan dengan masa. Ini merupakan suatu yang amat sukar untuk di ukur, kebanyakan indikator kelestarian di ukur dengan mengukur ketidaklestarianya atau perkara yang berbahaya dan tidak seimbang (SCOPE 1996). Pembangunanya dan pemilihaan indikator untuk digunakan harus selanjutnya dipertimbangkan dengan penjagaan ekstrim supaya ia secara tepat memberikan refleksi kepada status pembangunan lestari. Pendekatan yang konsisten dan keupayaaan indikator kelestarian dalam menyediakan pilihan kepada pembuat keputusan dan pembuat polisi.

Harus diberikan penekanan juga bahawa indikator bukanlah pengakhir bagi sesuatu hal, tetapi hanya sebagai alat untuk membantu mengukur kemajuan atau memberi gambaran bagaimana sesuatu perkara berada dalam suatu tempoh masa. Indikator – indikator pembangunan lestari menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan kearah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan sesbuah negara.

Usaha Global untuk membangunkan IPL

Pada ketika ini dunia telah menggunakan indikator dan indeks untuk pelbagai tujuan, bermula dari proses membuat keputusan hinggalah kepada program – program kesedaran awam. Kebanyakan negara industri seperti Kanada, Denmark, Jepun, Norway, Netherlands, United Kingdom dan USA telah membangunkan program indikator dengan baik. Petereson (1997ยช) telah menerangkan secara menyeluruh tentang aktiviti yang telah berlaku di negara – negara tersebut dan juga agensi multilateral seperti Bank Dunia (World Bank), Bank Pembangunan Asian (Asian Development Bank) dan OECD. Keperluan dalam usaha untuk menumpukan dan mengharmonikan indikator – indikator pembangunan lestari telah meningkat semasa sesi pertama Suruhanjaya Mengenai Pembangunan Lestari PBB (CSD). Objektif bagi program yang diusahakan oleh agensi multilateral adalah pelbagai. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai kecenderungan untuk membentuk inidikator pembangunan lestari yang boleh diakses oleh pembuat keputusan pada tahap nasional.

Sehingga kini input untuk membangunkan IPL muncul daripada kebanyakan kumpulan negara – negara di utara meliputi Kanada, Netrherlands, German dan United Kingdom. Kekayaan pengalaman negara – negara OECD dan aktiviti pembangunan indikator oleh kebanyakan pertubuhan – pertubuhan UN, menyumbang secara signifikan ke arah pembangunan IPL di negara-negara membangun. Perkembangan mengenainya telah dilaporkan oleh Peterson (1997a) yang menyatakan dikebanyakan negara – negara membangun data yang boleh digunakan secara mudah untuk membentuk IPL masih tidak terdapat.

dipetik daripada:http://teknologialam.blogspot.com/2009/01/indikator-pembangunan-lestari.html

PERSOALAN ALAM SEKITAR DAN WAHYU



OLEH: MOHD ZAIDI ABDULLAH
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (Luqman: 27).
Andainya dinafikan tafsiran silam al-Quran, bermakna kita telah memutuskan sumbangan-sumbangan mereka yang boleh dikatakan umpama sebahagian lautan yang digunakan. Sedangkan syariat Islam perlu diamalkan semenjak diwahyukan hingga akhir zaman.
Kebenaran sentiasa sama cuma isu sahaja berbeza.
Selain itu, Imam Fakhrurrazi melalui kesistematikan pemikirannya hasil kajian yang mendalam bidang falsafah dan ilmu awa’il turut mahir dalam usul fiqh sehingga muncul kitab al-Mahsul Fi Usul Fiqh.
Justeru, kepakarannya dalam usul fiqh, beliau hanya digelarkan al-Imam sahaja kerana ulama muhaqqiq telah sedia maklum gelaran tersebut hanya ditujukan pada beliau.
Usul fiqh boleh dikatakan falsafah Islam sejati kerana digali daripada al-Quran dan hadis.
Usaha-usaha untuk menggali konsep jawamil kalim perlu disegerakan. Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku diutuskan dengan jawamil kalim dan aku dibantu dengan kegerunan. Ketika aku sedang tidur lantas aku didatangi kunci-kunci segala khazanah bumi lalu dibentangkan di depanku. Jawamil kalim bermaksud kata-kata yang ringkas yang mengandungi keluasan makna. Begitulah tahap al-Kitab dan al-Sunah.
Khazanah bumi terbukti terbuka kepada umatnya selepas kewafatan baginda s.a.w. Demikian penjelasan al-Hafiz Muhammad Habibullah al-Syanqiti (w.1363H) dalam Zadul-Muslim (Bekalan Untuk Orang Islam).
Hadis Sunan Abi Dawud yang ke-25 dan 26, muka surat 7 bermaksud: Hadis ke-25: Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: Takutilah kamu pada dua orang yang kena laknat.
Sahabat bertanya: Siapakah orang yang kena laknat itu, wahai Rasulullah? Jawab Nabi s.a.w.: Orang yang buang air besar di (kawasan) laluan manusia atau tempat teduhan manusia. Diriwayatkan juga oleh al-Imam Muslim. Hadis ke-26: Dan daripada Pakar Hukum Umat Islam iaitu Mu’az ibn Jabal, katanya: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Berhati-hatilah kamu akan tiga perkara yang dilaknati:
Iaitu [1] buang air besar di laluan air mengalir, [2] di tengah jalan dan [3] di tempat teduhan manusia.
Diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah.
Bagi memanfaatkan kedua-dua hadis tersebut, dengan menggunakan kaedah klasik iaitu al-qiyas. Perbuatan buang air besar yang menghasilkan najis yang kotor.
Dari segi alasannya, najis tersebut adalah pencemar. Apabila dibuang di merata-rata akan menimbulkan pencemaran akhirnya memberi kesan buruk pada kesihatan manusia. Ini boleh diqiyaskan dengan pembuangan sisa toksik di merata-rata yang boleh membawa kepada keracunan dan pada tahap yang tinggi akan mendedahkan pada maut.
Umpamanya, sisa toksik yang dibuang berdekatan dengan tempat kediaman sudah tentu membahayakan penduduk di persekitarannya. Malah manusia di sekitar pasti mencela, melaknat pembuang tersebut sebagaimana sering diketahui di dada akhbar.
Begitu juga dengan najis babi yang tidak terkawal pembuangannya.
Ini terbukti menyebabkan wabak baru-baru ini.
Oleh itu, secara qiyasnya, dapat diambil satu teori bahawa setiap yang memberi kemudaratan pada manusia perlu dijauhi, dilarang serta perlu dikawal.
Demikian menunjukkan sikap Nabi s.a.w. yang prihatin terhadap pencemaran alam pada zamannya. Teori ini juga sesuai digelarkan sains Islam kerana ia digali daripada perbendaharaan Islam.
Secara tidak langsung sumber hadis telah turut menyentuh sains alam sekitar dan telah membentuk konsep tegahan yang berkualiti tinggi.
Sesungguhnya pencemaran alam sekitar adalah berbahaya kepada hidupan di muka bumi.
Kemajuan teknologi tidak berhak menghalang kesihatan manusia termasuk kesihatan binatang terutama binatang ternakan dan tumbuhan seperti sayuran. Ternakan dan tumbuhan sentiasa penting dalam mengalas perut manusia sebagai sebab dan akibat kehidupan manusia. Sekiranya tumbuhan dan ternakan telah dicemari bahan pencemar sudah tentu boleh mengakibat kematian ternakan dan tumbuhan atau paling minimum kesannya menyebabkan proses tumbesaran kedua-duanya yang sudah tentu menyebabkan zat yang diperlukan tidak cukup umpamanya.
Pencemaran udara jenis antropogenik dan fotokimia turut memperingatkan kita seperti jerebu dan pencemaran air seperti kandungan asid yang berlebihan.
Semua ini menyebabkan manusia hidup tidak segar dan sihat. Apabila ini berlaku aktiviti untuk mencapai kemajuan dan pembangunan akan lembap.
Mohd. Zaidi Abdullah ialah penyelidik di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.

Friday, April 30, 2010

GERAK KERJA PRESIDEN PERSATUAN GEOGRAFI UPSI

PENGHARGAAN DARIPADA RADIO MALAYSIA PERAK

PENGHARGAAN KEPADA DEKAN FSSK DI ATAS KOMITMEN BELIAU MEMBERI SOKONGAN KEPADA PERSATUAN GEOGRAFI DAN JABATAN GEOGRAFI

PROGRAM-PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH PERSATUAN GEOGRAFI UPSI



Senarai Program Yang Telah dianjurkan oleh Persatuan Geografi
Bil.
Program
Masa
Tempat

1.
Majlis Anugerah Dekan kepada pelajar Pendidikan Geografi
15 Oktober 2009
Persekitaran Makmal Geografi

2.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
15 Oktober 2009
Persekitaran Makmal Geografi

3.
Pameran Poster Geografi Kesihatan bagi Kursus Geografi Dunia

13 - 15 Oktober 2009
Persekitaran Makmal Geografi

4.

Lawatan Kursus Kajian Atmosfera

16 - 18 Oktober 2009

Cameron Highlands, Pahang.

5.
Majlis Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir

Minggu Ulangkaji

Surau An-Nur

6.
Pengedaran Kalendar Akademik kepada semua pelajar dan pensyarah Geografi

Sepanjang Semester 2 sesi 2009/2010

Kampus UPSI

7.

Derma Kematian penjaga kepada pelajar Geografi

Bulan Januari-Februari

Kampus UPSI

8.

Derma Majlis Tahlil di atas Kematian 2 pelajar UPSI

Bulan Januari

Surau As-Salikin KUO
9.
Penyertaan 2 Pasukan Futsal Lelaki wakil Persatuan Geografi anjuran KOSMO! dan Pusat Sukan UPSI

Januari

Gelanggang Futsal UPSI

10.
Penyertaan 3 Pasukan Futsal Lelaki Piala Ungku Omar

6 Februari 2010
Gelanggang Futsal  KUO

11.
Menerima Jemputan menghadiri Majlis Muafakat Guru Pelatih Malaysia (MUAFAKAT) di UUM, Sintok.
(Presiden mewakili Persatuan Geografi menghadiri majlis)


5 - 7 Mac 2010


UUM, Sintok, Kedah

12.
Penyertaan 1 Pasukan Beregu Badminton Lelaki wakil Persatuan Geografi pada Kejohanan Badminton Tertutup 2010

22 Mac 2010

Gimnasium UPSI
13.
Bengkel Pendidikan Geografi dan Penulisan Ilmiah 2010

26 & 27 Mac 2010

Kampus UPSI
14.
Penyertaan 2 Pasukan Bola Jaring (Perempuan) wakil Persatuan Geografi pada Kejohanan Bola Jaring Tertutup UPSI

3 - 4 April 2010

Padang Utama UPSI

* Sebahagian Program Yang dianjurkan oleh Persatuan Geografi sesi 2009/2010
Senarai Program Yang Dirancang Tetapi Ditunda Pada Tarikh Lain
Bil.
Program
Masa
Tempat

1.

Program Skor A PMR dan SPM

Bulan Februari ke Bulan Julai 2010

Selangor

2.

Program Bersama Rumah Taman Sinar Harapan OKU 

Bulan Februari ke Bulan Julai 2010

Taman Sinar Harapan, Hulu Selangor

3.

Program Gotong Royong Perdana

Bulan Januari ke Bulan Julai 2010
Sekitar Kampus dan kawasan berhampiran

4.

Minggu Pendidikan Geografi dan Alam Sekitar 2010

Bulan Mac ke Bulan Julai 2010

Kampus UPSI

5.

Baktisiswa Mahasiswa Mesra Bermasyarakat

Bulan Mei @ November 2010

Sungai Burung, Tanjong Karang, Selangor.

6.

Hari Interaksi Pelajar Pendidikan Geografi

Bulan Januari ke Bulan Julai 2010

Padang Utama, UPSI

Program Baru Yang Dirancang dan Berdasarkan Kelulusan Penganjuran Program
Bil.
Program
Masa
Tempat

1.

Kem Kesedaran Alam Sekitar

Julai 2010

FRIM, Kepong


2.

Lawatan Akademik ke salah satu negara ASEAN

Januari 2011
Sumatera @ Acheh, @ Thailand @ Singapura


3.

Lawatan Ke Pameran Mamalia anjuran Jabatan Muzium Malaysia

Julai @ Ogos 2010

Putrajaya



4.

Kempen No Plastic”

Konvokesyen

Kampus UPSI


5.

Kempen Jimatkan Tenaga


Julai 2010

Kampus UPSI, Kolej-kolej Kediaman


6.

Program Sekolah Bitara

Julai - Ogos 2010

Perak & Selangor



7.

Debat Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar

Julai - Ogos 2010

Kampus UPSI




8.

Hari Bersama Fakulti
(Idea dicetuskan oleh Presiden Persatuan Geografi dan diterima dalam mesyuarat bersama Dekan, Timbalan Dekan Akademik & Pembangunan Pelajar FSSK dan pensyarah penasihat persatuan-persatuan dalam FSSK



Julai 2010



Kampus UPSI

* Jika mendapat kelulusan JHEPA dan tarikh hanya sebagai cadangan sahaja.