Wednesday, April 8, 2009

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT

Salam,

Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Pelaksana ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan Program Kitar Semula: Tanggungjawab Bersama yang kami anjurkan pada 4, 6 dan 7 April di Kampus UPSI. Tanpa sokongan anda semua kemungkinan program yang dianjurkan ini tidak memberi apa-apa kesan positif terhadap apa yang kami anjurkan ini. Tidak lupa juga kepada para pensyarah geografi yang menyokong program seumpama ini dan mengikuti setiap perkembangan program ini, kami ucapkan jutaan terima kasih yang tidak berbelah bahagi kerana tanpa tunjuk ajar mereka kami tidak dapat melakukan yang terbaik terhadap program yang dianjurkan ini. Kepada En. Mazdi bin Marzuki selaku Ketua Penyelaras Jabatan Geografi, telah banyak memberikan ide dan tenaga dalam menjayakan program yang dianjurkan ini. Tidak lupa juga Penasihat Persatuan Geografi, En. Azmi bin Ahmad Baharom yang banyak menegur dan memberikan cara-cara yang berkesan untuk kami lakukan program ini di sekitar Tanjung Malim. Hasilnya, Jabatan Geografi UPSI khususnya, Persatuan Geografi amnya telah dapat menjalinkan kerjasama yang erat dalam menjayakan program Kitar Semula: Tanggungjawab Bersama bukan hanya semasa program hendak dijalankan malah keterbukaan mereka menyambut kami pada program akan datang telah menghasilkan kesan yang positif kepada Persatuan Geografi. Antaranya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Masjid Jamek Tanjung Malim, Klinil Kesihatan Daerah Tanjung Malim dan juga Majlis Daerah Tanjung Malim telah mengalu-alukan kerjasama antara Persatuan Geografi dengan mereka dalam menjayakan program-program yang dianjurkan pada masa akan datang. Kami juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak penghargaan kepada Yang Berbahagia Dr. Ibrahim bin Hashim, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UPSI kerana komitmen yang beliau beri kepada program ini begitu tinggi dan harapan beliau supaya Persatuan Geografi menjayakan program-program yang berbentuk akademik seperti ini dapat memberikan kesedaran masyarakat bahawa peri pentingnya menjaga alam sekitar. Beliau juga berkata, bahawa tanpa sedari kita telah menghasilkan 150 ribu tan sampah sehari. Tanpa pengurusan sisa pepejal dengan betul kita tidak dapat mengurangkan pengeluaran sampah ini. Jadi, Persatuan Geografi telah mengorak langkah dalam menjayakan Program Kitar Semula: Tanggungjawab Bersama supaya dapat menjadikan amalan kepada masyarakat dalam soal kelestarian sisa pepejal di Tanjung Malim. Tidak lupa kepada pensyarah geografi yang dekat dengan isu-isu alam sekitar ini En. Hairy bin Ibrahim yang telah memberikan ide dan cadangan yang bernas kepda pihak Majlis Daerah Tanjung Malim dalam soal program-program yang akan dijalankan bersama. Umpamanya, 600unit tong sampah tidak terjual adalah suatu jumlah yang besar jika dibiarkan begitu lama dalam stok MDTM. Adalah lebih baik jika difikirkan inisiatif supaya pihak Persatuan Geografi memikirkan cara yang perlu dibuat untuk menjual kepada penduduk yang sememangnya akan membeli tong sampah ini jika program-program yang dianjurkan itu dikelilingi kawasan kediaman mereka. (Syabas En. Hairy bin Ibrahim yang telah memberikan cadangan yang bernas kepada pihak MDTM). Kami sememangnya amat berbangga dengan pensyarah-pensyarah kami yang sememangnya peka terhadap isu-isu alam sekitar. Terima Kasih kepada En. Hairy bin Ibrahim kerana menghadiahkan buku tulisan beliau "Pengurusan Sisa Pepejal di Tanjung Malim" kepada pihak MDTM supaya menjadi panduan kepada mereka dalam isu-isu sensitif seperti ini. Kepada Yang Berbahagia Dr. Muhammad Suhaily Yusri bin Che Ngah dan juga Yang Berbahagia Dr. Fauziah binti Che Leh yang banyak memberi sokongan moral dalam menjayakan program seperti ini kami amat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana para pensyarah inilah yang mampu memberikan tunjuk ajar kepada kami apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dielakkan dalam menjayakan sesuatu program persatuan. Kepada Yang Berbahagia Dr. Ibrahim bin Hashim yang telah sama-sama mengikuti program gotong-royong bersama kami menunjukkan bahawa beliau seorang yang peka terhadap apa yang kita anjurkan. Bagi pihak Fakulti, mereka telah memberi sokongan yang padu begitu juga bagi pihak Jabatan Geografi melalui ketuanya telah mendorong kami melakukan apa yang terbaik, maka tinggallah kita sebagai ahli Persatuan Geografi yang di pimpin oleh En. Azmi bin Ahmad Baharom yang menghendaki supaya kita melaksanakannya bukan hanya untuk menjayakan program tersebut malah menjadi nilai kepada kita sebagai pelajar geografi yang akan menjadi pendidik supaya mengamalkan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar khususnya kelestarian sisa pepejal. Bagi kita sebagai ahli persatuan geografi telah menjadikan satu amanah yang besar untuk menjaga alam ini ke arah kemakmuran bukannya ke arah kedurjanaan. Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
Pengarah
Program Kitar Semula: Tanggungjawab Bersama

1 comment:

  1. Terima kasih juga kepada MT yang terlibat yang telah berusaha secara bersungguh-sungguh dalam menjayakan program kitar semula.

    ReplyDelete