Wednesday, March 25, 2009

EKSPO PENYELIDIKAN DAN INOVASI UPSI (EKSPIN)


Salam,

Tahniah kepada pensyarah geografi yang terlibat dalam ekspo penyelidikan seumpama ini yang dianjurkan oleh pihak UPSI. Ia bukan hanya memberikan pengalaman berharga kepada pensyarah dalam memartabatkan pendidikan geografi melalui penyelidikan mereka, namun pelajar juga mendapat sumber ilmu yang diperolehi melalui penglibatan ke pameran tersebut yang telah dijelaskan oleh pensyarah melalui penyampaian kepada pengunjung pameran tersebut. Ekspo seumpama ini perlu diikuti oleh pelajar geografi untuk menambahkan ilmu dan akan digunakan apabila mengajar nanti. Kaedah penyampaian dan penerangan oleh pensyarah adalah cukup mudah untuk difahami oleh pelajar berdasarkan penyelidikan yang dijalankan. Kepada pelajar-pelajar geografi yang secara automatik menjadi ahli persatuan apabila mendapat tawaran pengajian daripada UPSI haruslah peka terhadap keterlibatan persatuan dan juga keterlibatan pensyarah di dalam pameran seumpama ini. Faedah yang didapati daripada pameran ini juga banyak kepada kita bakal-bakal guru dan juga menjadi landasan kepada kita untuk meneruskan pengajian dalam bidang geografi di peringkat yang lebih tinggi. Disini persatuan geografi ingin mengucapkan tahniah dan syabas diatas usaha yang telah dilakukan oleh pensyarah dalam melakukan penyelidikan dan juga menyertai ekspo penyelidikan dan inovasi ini.

Senarai Penyelidikan dan PensyarahYang Dijalankan dan Di Pamerkan Pada Ekspo Penyelidikan dan Inovasi UPSI:

1. Pengangkutan Awam Untuk Pelajar Sekolah Di Malaysia: Isu dan Penyelesaiannya. (En. Mazdi bin Marzuki)

2. Ketersampaian Pelajar Sekolah Di Kawasan Pedalaman: Kajian Di Gua Musang. (En. Mazdi bin Marzuki)

3. Sistem Maklumat Geografi Secara Online: Kajian Kes Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris. (En. Nasir bin Nayan)

4. GIS Dalam Pendidikan: Suatu Model GIS @ School Di Tanjong Malim. (En. Nasir bin Nayan dan En. Azmi bin Ahmad Baharom)

5. Kesan Pembangunan Terhadap Persekitaran Fizikal Di Ipoh, Perak. (En. Mohd Hairy bin Ibrahim, En. Mohmadisa bin Hashim, En. Nasir bin Nayan)

6. Kajian ' Survival ' Warisan Budaya Dalam Sektor Pelancongan Di Negeri Melaka. (En. Yazid bin Saleh)

7. Pengaruh Perubahan Guna Tanah Terhadap Taburan Hujan Di Kawasan Trolak- Slim River- Behrang- Tanjong Malim- Hulu Bernam (Bahagian Hulu Lembangan Sungai Bernam). (Dr. Mohamad Suhaily Yusri bin Che Ngah)

8. Keberkesanan Kepelbagaian dan Masa Depan Taman Rekreasi Kolam Air Panas (Trap) Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan Di Negeri Perak. (Dr. Fauziah binti Che Leh, En. Nasir bin Nayan, En. Yazid bin Saleh dan En. Mohd Hairy bin Ibrahim)

2 comments:

  1. salam, bagus pameran ni. boleh tengok macam cara (method) yang digunakan oleh pensyarah untuk menyelidik sesebuah kes. Maka, saya menyeru pelajar persatuan sila peka dengan pameran seumpama ini.

    ReplyDelete
  2. Saya staf UPSI..sedang buat PHD menggunakan GIS bagi membuat jangkaan wabak demam denggi di Negeri selangor..ada sesiapa boleh membantu...azmi.ibrahim@fst.upsi.edu.my...urgent

    ReplyDelete