Salam, hari ini kita telah merayakan Hari Raya Aidiladha yang ke-2. Peristiwa yang menjadikan peringatan pada seluruh umat Islam ialah tentang semangat pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Peristiwa tersebut menyebabkan umat Islam di seluruh dunia menunaikan haji dan merayakan hari raya. Namun, bagaimana penghayatan erti pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua Nabi ini kepada kita ini menjadi iktibar oleh kita semua. Sejauhmana penghayatan erti pengorbanan anda?Bagaimanakah anda merealisasikan pengorbanan anda?Itu perlu dirungkaikan sendiri oleh benak fikiran masing-masing yang Allah swt ciptakan kepada manusia yang membezakan antara manusia dengan binatang!Anda sebagai mahasiswa bukannya pemikiran tahap rendah yang memerlukan orang mendesak, memaksa dan memandu secara langsung hidup anda. Anda seharusnya dengan rela membuat, menyumbang dan melakukan apa sahaja yang anda fikir terhadap keperluan yang dilihat penting dalam mengukuhkan organisasi yang telah terbentuk ini. Itulah semangat pengorbanan anda yang harus anda tonjolkan dalam membantu dan menggerakkan organisasi ini yang menjadi wadah kita meneruskan perjuangan di alam universiti. Anda harus lakukan pengorbanan anda!Untuk melakukan pengorbanan seperti Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s amat sukar bagi kita manusia kerdil yang banyak melakukan dosa dan noda yang belum terhapus ini. Bukti cinta kita pada Allah swt tidak lagi sehebat pengorbanan yang nabi ini lakukan. Oleh itu, untuk kita membuat pengorbanan dalam skala yang kecil daripada pengorbanan kedua nabi ini adakah ianya sukar?Saya menyeru pada ahli-ahli semua tanpa berkorban kita tidak akan mampu berdiri dengan teguh dalam organisasi. Semangat ini haruslah ada dalam setiap ahli persatuan. Jangan kata anda bukan presiden, mt dan exco mahupun ajk anda malas untuk terlibat dalam agenda persatuan. Mengapa anda perlu berfikir di tahap yang paling rendah seolah-olah anda masih lagi di bangku sekolah. Bagi anda semangat pengorbanan anda masih lagi kabur dalam perjuangan ini. Untuk anda mengharapkan 100% Majlis Tertinggi agak sukar untuk melihat kejayaan adalah milik kita bersama. Anda boleh sahaja mencetuskan ide-ide yang harus persatuan lakukan sebagai agenda persatuan. Ingat persatuan ini bukan milik mutlak Majlis Tertinggi tetapi anda harus berbangga menjadi ahli persatuan yang aktif. Maka, Hari Raya Aidiladha yang kita rayakan ini bukan hanya mengenal erti pengorbanan kita malah semangat perpaduan juga dilihat sebagai kesan yang diperolehi dalam merayakan hari raya ini. Saya menyeru kepada anda semua supaya menjadikan dua elemen ini iaitu pengorbanan dan perpaduan itu sebahagian dalam hidup anda. Semangat pengorbanan dan perpaduan dapat kita lakukan apabila setiap program yang dijalankan oleh persatuan ini anda turut serta. Anda mungkin tidak lagi terfikir sekarang ini tetapi bilamana anda berada di sekolah anda akan dapat bahawa berorganisasi adalah penting. Erti pengorbanan ini haruslah anda terapkan dalam setiap jiwa raga anda bukan hasad dengki kepada mereka yang berjawatan! Bila berada dalam organisasi pula jangan ada perasaan tidak puas hati sesama sendiri. Bila menjalankan tugas buatlah dengan ikhlas hati dan bekerjasama sesama kita. Itulah yang bermula dengan pengorbanan dalam perjuangan. Kita berjuang bukan kerana nama dan jawatan tetapi kita berjuang kerana masyarakat marhaen (ahli) yang perlukan tunjuk ajar yang baik untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin yang akan bertambah baik lagi daripada kita semua. Jawatan hanya pinjaman daripada Allah swt. Selama kita ada taring, gunalah dengan berkesan dan baik. Sikap pengorbanan ini menjadi titik tolak kepada kesediaan kita melakukan perubahan untuk diri kita, ahli persatuan dan universiti tempat kita timba ilmu. Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua. Selamat berkorban.
Presiden.
Presiden.
letak la nota2 tambahan yang memudahkan pelajar geo upsi neh.. kan persatuan ditubuhkan untuk memudahkan pelajar2 geografi kat upsi nie...
ReplyDeleteSalam Encik/Cik anonymous... Sila perkenalkan diri. Nota2, website berguna untuk tuan/puan dapatkan nota, Jurnal, Data2, statistik smua pautannya terdapat di sebelah kanan page ini. sila ambil perhatian kerana semua website berkaitan geografi manusia dan fizikal di senaraikan link nya di sini... Harap anda terus bersama kami. Terima kasih
ReplyDelete