Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52

Salam,

Saya mewakili Majlis Tertinggi dan EXCO Persatuan Geografi UPSI sesi 2009/2010 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara Malaysia Yang ke-52 tahun. Semoga kita dapat menghayati nilai-nilai dan erti kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang tanahair kita pada satu ketika dulu. Alhamdulillah kita berada di bumi yang merdeka dan juga bertuah diberikan rahmat Allah swt kerana kita tidak lagi dijajah secara fizikal. Namun, harus diingat kita masih lagi dijajah material, minda dan budaya yang seharusnya kita perlu memerdekakan diri kita dari belenggu penjajah yang kita hadapi itu. Kita seharusnya berusaha untuk tidak lagi dikongkong oleh kuasa besar dunia walaupun sukar untuk kita berdiri di atas kaki sendiri namun niat kita untuk merdeka sudah cukup murni dan hasrat kita itu harus dilakukan dalam apa cara yang boleh kita lakukan. Jauhi belenggu penjajahan minda yang boleh merosakkan kita berfikir secara kritis dalam memperjuangkan isu-isu global. Yang penting kita doakan supaya kita merdeka untuk beribadat kepada Allah swt tanpa ada halangan dan meneruskan perjuangan tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment