Salam,
Kepada semua pelajar geografi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh: 17 April - 26 April 2009
Masa: 9.00 pagi- 9.00 malam
Tempat: PWTC, Kuala Lumpur
Anda disarankan hadir untuk menambahkan koleksi ilmu demi memartabatkan keilmuan kita ke arah yang lebih baik. Jangan mengharapkan ilmu itu datang sendiri tanpa dicari. Dan lokasi pencarian ilmu juga haruslah pelbagai supaya kita dapat melihat sendiri keindahan menuntut ilmu. Anda juga disarankan supaya menambahkan pengetahuan anda melalui pembelian buku-buku yang berbentuk ilmiah dan akademik supaya menjadi nilai tambah (add value) kepada anda sebagai bakal-bakal pendidik pada suatu hari nanti. Kita tidak perlu menunggu semester 6 & 7 bersedia untuk menerapkan ilmu-ilmu pendidikan yang akan digunakan di sekolah nanti, tetapi kita semestinya sentiasa membaca dan menanamkan sikap suka mentelaah itu dalam diri kita sebagai mahasiswa/i pendidikan geografi. Sejajar dengan pendidikan geografi yang memerlukan anda membaca dan peka terhadap alam sekitar, adalah baik sekiranya pesta buku sebegini menjadi platform untuk menjana minda kelas pertama. Kita tidak mahu menjadi guru yang menggunakan kaedah pengajarn seperti dulu yang hanya mengajar benda-benda yang tersirat. Tambahan pula guru-guru geografi memerlukan kepekaan terhadap sesuatu isu berkaitan alam sekitar ini, adalah baik sekiranya kita menimba ilmu untuk mendidik masyarakat (pelajar-pelajar yang akan menjadi masyarakat suatu hari nanti) supaya mengetahui langkah-langkah untuk mengatasi masalah persekitaran geografi ini. Anda sebagai bakal guru haruslah bertanggungjawab terhadap ilmu alam sekitar ini dan disemaikan supaya tanggungjawab yang terpikul itu menjadi amalan hidup dan sudah tentu akan dipersoalkan oleh Allah swt pada suatu hari nanti. Oleh itu, dapatkan buku-buku ilmiah dan akademik untuk menimba ilmu kepada anda dahulu sebelum meneruskan kepada pelajar-pelajar di sekolah nanti.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment