Monday, April 20, 2009

PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH BITARA

PELANCARAN SEKOLAH BITARA UPSI ANJURAN BERSAMA SEKOLAH BITARA DAN UPSI DAN MAJLIS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UPSI DENGAN SEKOLAH BITARA UPSI

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Tarikh : 21 April 2009 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Panggung Budaya, Fakulti Seni dan Muzik, UPSI,

TENTATIF PELANCARAN

21 APRIL 2009 / SELASA
25 RABIUL AKHIR 1430H

2.00 Petang
- Ketibaan Tetamu
- Ketibaan Pengetua/Guru Besar Sekolah BITARA

2.20 Petang
- Ketibaan Dato’ Naib Canselor UPSI
- Ketibaan Pro-Canselor UPSI
- Ketibaan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

2.40 Petang
- Bacaan Doa
- Bacaan Al - Quran

2.50 Petang
- Ucapan Dato’ Naib Canselor
- Ucapan Wakil Pengetua/ Guru Besar Sekolah BITARA
- Ucapan Perasmian Oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3.40 Petang
- Persembahan Montaj

3.45 Petang
- Upacara Menangani MoU

4.00 Petang
- Persembahan

4.45 Petang
- Lawatan Ke Tempat Pameran

5.30 Petang
- Jamuan

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN

PERSATUAN GEOGRAFI MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2008/2009 KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN. SEMOGA MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN KELAK.

Saturday, April 11, 2009

BARISAN KABINET TERBARU MALAYSIA 2009

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:

Datuk M Saravanan

sumber : malaysiakini.com

Thursday, April 9, 2009

BENGKEL KECEMERLANGAN PMR 2009

tarikh : 17 April 2009
masa : 8.00 am-1.00pm
tempat : Bilik Kuliah Sejarah, Blok c
anjuran : jabatan geografi dengan kerjasama persatuan geografi

sekolah jemputan : smk. khir johari dan smk. methodist

AKMA '09

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MAHASISWA GEOGRAFI 2009
(AKMA '09)

tarikh : 13 April 2009
tema : moden kontemporari
tempat :Dewan Utama Kolej Ungku Omar UPSI
anjuran : Jabatan Geografi dengan kerjasama Persatuan Geografi

antara yang menarik....photoshoot@red carpet, persembahan pelajar, makan malam, cabutan bertuah dan banyak lagi!!

jom beramai-ramai memeriahkan AKMA'09

AKMA GEOG 09

ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA,

DIMAKLUMKAN BAHAWA JABATAN GEOGRAFI, FSSK, UPSI DENGAN KERJASAMA PERSATUAN GEOGRAFI AKAN MENGANJURKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MAHASISWA GEOGRAFI 2009 (AKMA GEOG'09) SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

TARIKH: 13 APRIL 2009
HARI : ISNIN
MASA : 8.00-11.30 P.M
TEMPAT: DEWAN KOLEJ UNGKU OMAR (KUO)
TEMA PAKAIAN : MODEN KONTEMPORARI (MAHASISWI DILARANG MENGENAKAN SELUAR 'JEANS').

MOHON KERJASAMA DAN PENGLIBATAN SEMUA AHLI PERSATUAN GEOGRAFI UPSI. TUJUAN MAJLIS AKMA GEOG 09 INI DIADAKAN IALAH UNTUK MENGIKTIRAF DAN MERAIKAN MAHASISWA/I JABATAN GEOGRAFI YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK, SAHSIAH DAN KEPIMPINAN.

ANTARA ATUCARA MENARIK YANG BAKAL BERLANGSUNG IALAH:
* PENGUMUMAN PEMENANG ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK, ANUGERAH KECEMERLANGAN SAHSIAH, ANUGERAH KECEMERLANGAN KEPIMPINAN, DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KEPIMPINAN HARAPAN.
*PERSEMBAHAN PELAJAR
*CABUTAN BERTUAH
*'GLAM WALK'
*"PRINCE & PRINCESS THE NITE"

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI WAKIL SEMESTER MASING-MASING ATAU:
-PENGARAH PROGRAM (FARHAH NATASHA, SEM 4)
-TIMB. PENGARAH (AHMAD IQBAR, SEM 4)
-BENDAHARI (ROZANA, SEM 4)
-KETUA UNIT PUBLISITI (AMAR AL- BAKHTIAR, SEM 4)

Wednesday, April 8, 2009

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT

Salam,

Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Pelaksana ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan Program Kitar Semula: Tanggungjawab Bersama yang kami anjurkan pada 4, 6 dan 7 April di Kampus UPSI. Tanpa sokongan anda semua kemungkinan program yang dianjurkan ini tidak memberi apa-apa kesan positif terhadap apa yang kami anjurkan ini. Tidak lupa juga kepada para pensyarah geografi yang menyokong program seumpama ini dan mengikuti setiap perkembangan program ini, kami ucapkan jutaan terima kasih yang tidak berbelah bahagi kerana tanpa tunjuk ajar mereka kami tidak dapat melakukan yang terbaik terhadap program yang dianjurkan ini. Kepada En. Mazdi bin Marzuki selaku Ketua Penyelaras Jabatan Geografi, telah banyak memberikan ide dan tenaga dalam menjayakan program yang dianjurkan ini. Tidak lupa juga Penasihat Persatuan Geografi, En. Azmi bin Ahmad Baharom yang banyak menegur dan memberikan cara-cara yang berkesan untuk kami lakukan program ini di sekitar Tanjung Malim. Hasilnya, Jabatan Geografi UPSI khususnya, Persatuan Geografi amnya telah dapat menjalinkan kerjasama yang erat dalam menjayakan program Kitar Semula: Tanggungjawab Bersama bukan hanya semasa program hendak dijalankan malah keterbukaan mereka menyambut kami pada program akan datang telah menghasilkan kesan yang positif kepada Persatuan Geografi. Antaranya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Masjid Jamek Tanjung Malim, Klinil Kesihatan Daerah Tanjung Malim dan juga Majlis Daerah Tanjung Malim telah mengalu-alukan kerjasama antara Persatuan Geografi dengan mereka dalam menjayakan program-program yang dianjurkan pada masa akan datang. Kami juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak penghargaan kepada Yang Berbahagia Dr. Ibrahim bin Hashim, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UPSI kerana komitmen yang beliau beri kepada program ini begitu tinggi dan harapan beliau supaya Persatuan Geografi menjayakan program-program yang berbentuk akademik seperti ini dapat memberikan kesedaran masyarakat bahawa peri pentingnya menjaga alam sekitar. Beliau juga berkata, bahawa tanpa sedari kita telah menghasilkan 150 ribu tan sampah sehari. Tanpa pengurusan sisa pepejal dengan betul kita tidak dapat mengurangkan pengeluaran sampah ini. Jadi, Persatuan Geografi telah mengorak langkah dalam menjayakan Program Kitar Semula: Tanggungjawab Bersama supaya dapat menjadikan amalan kepada masyarakat dalam soal kelestarian sisa pepejal di Tanjung Malim. Tidak lupa kepada pensyarah geografi yang dekat dengan isu-isu alam sekitar ini En. Hairy bin Ibrahim yang telah memberikan ide dan cadangan yang bernas kepda pihak Majlis Daerah Tanjung Malim dalam soal program-program yang akan dijalankan bersama. Umpamanya, 600unit tong sampah tidak terjual adalah suatu jumlah yang besar jika dibiarkan begitu lama dalam stok MDTM. Adalah lebih baik jika difikirkan inisiatif supaya pihak Persatuan Geografi memikirkan cara yang perlu dibuat untuk menjual kepada penduduk yang sememangnya akan membeli tong sampah ini jika program-program yang dianjurkan itu dikelilingi kawasan kediaman mereka. (Syabas En. Hairy bin Ibrahim yang telah memberikan cadangan yang bernas kepada pihak MDTM). Kami sememangnya amat berbangga dengan pensyarah-pensyarah kami yang sememangnya peka terhadap isu-isu alam sekitar. Terima Kasih kepada En. Hairy bin Ibrahim kerana menghadiahkan buku tulisan beliau "Pengurusan Sisa Pepejal di Tanjung Malim" kepada pihak MDTM supaya menjadi panduan kepada mereka dalam isu-isu sensitif seperti ini. Kepada Yang Berbahagia Dr. Muhammad Suhaily Yusri bin Che Ngah dan juga Yang Berbahagia Dr. Fauziah binti Che Leh yang banyak memberi sokongan moral dalam menjayakan program seperti ini kami amat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana para pensyarah inilah yang mampu memberikan tunjuk ajar kepada kami apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dielakkan dalam menjayakan sesuatu program persatuan. Kepada Yang Berbahagia Dr. Ibrahim bin Hashim yang telah sama-sama mengikuti program gotong-royong bersama kami menunjukkan bahawa beliau seorang yang peka terhadap apa yang kita anjurkan. Bagi pihak Fakulti, mereka telah memberi sokongan yang padu begitu juga bagi pihak Jabatan Geografi melalui ketuanya telah mendorong kami melakukan apa yang terbaik, maka tinggallah kita sebagai ahli Persatuan Geografi yang di pimpin oleh En. Azmi bin Ahmad Baharom yang menghendaki supaya kita melaksanakannya bukan hanya untuk menjayakan program tersebut malah menjadi nilai kepada kita sebagai pelajar geografi yang akan menjadi pendidik supaya mengamalkan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar khususnya kelestarian sisa pepejal. Bagi kita sebagai ahli persatuan geografi telah menjadikan satu amanah yang besar untuk menjaga alam ini ke arah kemakmuran bukannya ke arah kedurjanaan. Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
Pengarah
Program Kitar Semula: Tanggungjawab Bersama

Sunday, April 5, 2009

TAHNIAH KEPADA PEMENANG EKSPO PENYELIDIKAN DAN INOVASI UPSI (EKSPIN '09)

Antara pemenang-pemenang adalah seperti berikut:-

1) En. Mazdi bin Marzuki- Perak

2) En. Hairy bin Ibrahim-Perak

3) En. Yazid bin Saleh-Gangsa

4) Dr. Fauziah binti Che Leh-Gangsa


Tahniah kami ucapkan kepada para pensyarah geografi yang menang dan yang tidak bernasib baik teruskan usaha kerana kami percaya setiap kajian yang dijalankan oleh pensyarah kami adalah mempunyai impak yang tinggi dalam penyelidikan negara.

Saturday, April 4, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009)

Salam,
Kepada semua pelajar geografi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh: 17 April - 26 April 2009
Masa: 9.00 pagi- 9.00 malam
Tempat: PWTC, Kuala Lumpur
Anda disarankan hadir untuk menambahkan koleksi ilmu demi memartabatkan keilmuan kita ke arah yang lebih baik. Jangan mengharapkan ilmu itu datang sendiri tanpa dicari. Dan lokasi pencarian ilmu juga haruslah pelbagai supaya kita dapat melihat sendiri keindahan menuntut ilmu. Anda juga disarankan supaya menambahkan pengetahuan anda melalui pembelian buku-buku yang berbentuk ilmiah dan akademik supaya menjadi nilai tambah (add value) kepada anda sebagai bakal-bakal pendidik pada suatu hari nanti. Kita tidak perlu menunggu semester 6 & 7 bersedia untuk menerapkan ilmu-ilmu pendidikan yang akan digunakan di sekolah nanti, tetapi kita semestinya sentiasa membaca dan menanamkan sikap suka mentelaah itu dalam diri kita sebagai mahasiswa/i pendidikan geografi. Sejajar dengan pendidikan geografi yang memerlukan anda membaca dan peka terhadap alam sekitar, adalah baik sekiranya pesta buku sebegini menjadi platform untuk menjana minda kelas pertama. Kita tidak mahu menjadi guru yang menggunakan kaedah pengajarn seperti dulu yang hanya mengajar benda-benda yang tersirat. Tambahan pula guru-guru geografi memerlukan kepekaan terhadap sesuatu isu berkaitan alam sekitar ini, adalah baik sekiranya kita menimba ilmu untuk mendidik masyarakat (pelajar-pelajar yang akan menjadi masyarakat suatu hari nanti) supaya mengetahui langkah-langkah untuk mengatasi masalah persekitaran geografi ini. Anda sebagai bakal guru haruslah bertanggungjawab terhadap ilmu alam sekitar ini dan disemaikan supaya tanggungjawab yang terpikul itu menjadi amalan hidup dan sudah tentu akan dipersoalkan oleh Allah swt pada suatu hari nanti. Oleh itu, dapatkan buku-buku ilmiah dan akademik untuk menimba ilmu kepada anda dahulu sebelum meneruskan kepada pelajar-pelajar di sekolah nanti.
Wassalam.

Thursday, April 2, 2009

PROGRAM KITAR SEMULA: TANGGUNGJAWAB BERSAMA

salam,

Kepada semua pelajar major Geografi anda dijemput untuk memeriahkan majlis seperti berikut:-


(Hari Pertama)
Acara: Majlis Perasmian dan Gotong -Royong Perdana
Hari: Sabtu
Tarikh: 4 April 2009
Tempat: Padang UPSI (Majlis Perasmian)
Masjid Jamek Tanjong Malim, Balai Polis, Balai Bomba &
Klinik Kesihatan (Gotong- royong Perdana).
Masa: 8.30 pagi-1.00 tengahari
(Hari Kedua)
Acara: Majlis Dialog Bersama Wakil Majlis Daerah Tanjong Malim
Hari: Isnin
Tarikh: 6 April 2009
Tempat: Taman Universiti 2&3
Masa: 8.30 pagi-1.00 tengahari
(Hari Ketiga)
Acara: Pameran dan Pertandingan Menulis Rencana Berkaitan Kitar Semula
Hari: Selasa
Tarikh: 7 April 2009
Tempat: Makmal Geografi
Masa: 9.00 pagi-4.30 petang
*hadiah akan disediakan kepada peserta pertandingan

Kerjasama semua amatlah dihargai.