Saturday, October 10, 2009

Aktiviti PERGEO

Salam Ukhuwah dan Perpaduan,

kepada semua pelajar MAJOR, MINOR, dan DPLI Pendidikan Geografi, Pada 15 Oktober 2009 ini akan diadakan suatu Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kecemerlangan Akademik dan bertempat di Arca dan berhampiran kawasan makmal Geografi dan Sejarah. Pakaian adalah Baju Raya dan sesiapa yang berminat untuk hadir kupon disediakan kerana makanan adalah terhad. kupon boleh didapati daripada AJK PERGEO atau Wakil setiap semester. (Wakil akan umumkan di dalam kelas masing-masing)

Semoga dengan majlis ini nanti dapat mempereratkan lagi silaturrahim sesama kita. Wasalam

Thursday, October 1, 2009

Selamat Kembali Meneruskan Kuliah

Salam, Semua pelajar telah kembali ke Kampus semula untuk meneruskan minggu Kuliah masing-masing setelah cuti seminggu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di harap Hari Raya kali ini memberi seribu satu semangat untuk kita terus berjaya dalam pengajian.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri...


Ahli Majlis tertinggi dan Rakan EXCO PERGEO ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua warga UPSI dan pengunjung setia Blog ini. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu satu keberkatan dan rahmat buat kita semua... Amin.


JADILAH RAKAN ALAM SEKITAR


Anda mahu menjadi Rakan Alam Sekitar? sila layari laman web Jabatan alam sekitar (sini) dan isilah borang ini untuk menjadi ahli

Monday, September 14, 2009

UCAPAN PRESIDEN PERSATUAN GEOGRAFI SESI 2009/2010



Assalamualaikum w.b.t buat sahabat-sahabat ahli persatuan sekalian. Alhamdulillah syukur saya panjatkan kepada Ilahi kerana kita diberikan oleh Allah s.w.t keadaan yang baik dan dapat meneruskan lagi perjuangan kita yang belum selesai sebagai pelajar dalam usaha menuntut ilmu. Dalam persoalan menuntut ilmu, kita jangan fikir hanya di dalam bilik-bilik kuliah sahaja ilmu akan diperolehi malah, lebih dari itu cara kita dapatkan ilmu. Dalam dunia yang serba canggih ini, kita tidak nafikan pelbagai cara yang boleh kita perolehi ilmu. Walauapapun cara kita memperolehi ilmu itu seharusnya kita amalkan dan sebarkan ilmu itu kepada umum. Dalam persoalan ilmu, maka saya tertarik untuk nyatakan disini kepada ahli-ahli persatuan yang mungkin sudahpun mengetahuinya. Menuntut ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara antaranya melalui internet, blog, buku-buku, majalah dan pelbagai cara yang telah kita perolehi secara formal.

Kita mungkin terlupa, dalam menuntut ilmu bukan hanya sekadar itu yang membolehkan kita perolehi ilmu malah, secara tidak formal kita sebenarnya mudah memperolehi ilmu yang kita tidak mengetahuinya. Misalnya, secara tidak formal ilmu itu diperolehi melalui pengalaman, organisasi (persatuan), komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik yang perlu kita amalkan dan budayakan sesuai dengan peranan kita sebagai pendidik yang sememangnya ilmu kita didambakan oleh setiap insan. Hampir sebulan Jawatankuasa Persatuan Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris (PERGEO-UPSI) sesi 2009/2010 telah terbentuk selepas pembubaran dilaksanakan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-8 yang lalu.


Maka, pelbagai jawatan telah disandang oleh pelajar yang terpilih menerajui persatuan pada kali ini yang diketuai oleh saya, Abdul Jabbar Bin Mohammad-selaku Presiden untuk sesi 2009/2010. Terima kasih saya ucapkan kepada mantan Presiden Saudara Mohd Fakhrul Anwar bin Zalkafle dan jawatankuasa sesi 2008/2009 yang lalu, kerana telah berjaya menerajui persatuan dengan penuh tanggungjawab dan baik pada sesi yang lepas. Kini, tugas berat beliau itu diberikan kepada saya dan jawatankuasa sekarang untuk meneruskan agenda terdahulu dan pelbagai agenda yang dirancang bagi memastikan PERGEO-UPSI antara persatuan yang aktif dan terbilang di kalangan persatuan di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI.

Suka saya nyatakan disini, tanpa adanya sokongan daripada pelbagai pihak agenda yang dirancang hanya tinggal rancangan semata-mata jika semua tanggungjawab tersebut terletak dibahu saya. Kerjasama semua pihak, amat saya alukan demi meneruskan perjalanan program anjuran persatuan dan juga salah satu cara untuk kita sama-sama belajar membentuk organisasi dengan berkesan dan sempurna. Selaku Presiden, saya bukan hanya perlu bekerja kuat demi memastikan program supaya berjaya namun, saya perlu bekerja dengan tekun bersama jawatankuasa yang lain bagi memastikan setiap ahli terdetik dihati setidak-tidaknya untuk mengikuti setiap program yang telah dirangka oleh Jawatankuasa PERGEO-UPSI supaya ahli memperolehi ilmu melalui pengalaman. Pengalaman yang dimaksudkan adalah bergiat aktif dalam agenda persatuan. Pengalaman itu akan mematangkan kita untuk menjadi pendidik yang diperlukan oleh negara.


Harapan saya bagi setiap setiap ahli persatuan adalah supaya mengikuti agenda yang dirancang dalam usaha menjadikan bidang geografi sebahagian kehidupan anda bukan hanya sebagai pendidik malah, sebagai manusia yang menghargai alam sekitar. Nilai tegur-menegur, semangat bekerjasama, semangat kekitaan dan semangat cintai alam sekitar harus kita terapkan bersama dalam komuniti geografi. Hubungan Manusia dengan Pencipta, Manusia dengan Manusia dan Manusia dengan Alam menjadi perkaitan sebagai pelajar geografi. Oleh itu, saya mengharapkan momentum baru daripada ahli persatuan, pelajar Minor dan pelajar DPLI supaya dapat membantu Jawatankuasa PERGEO-UPSI yang baru dipilih ini demi menjadikan "geografi gah gemilang".


Saya dan barisan Jawatankuasa PERGEO-UPSI mengucapakan ribuan terima kasih di atas pemilihan kami untuk memikul hasrat ahli persatuan sebagai peneraju organisasi ini. Ucapan berbanyak-banyak terima kasih tidak dilupakan juga kepada Penasihat Persatuan Geografi, En. Azmi bin Ahmad Baharom yang merestui Jawatankuasa baru ini dengan harapan supaya boleh bekerja bersama tanpa adanya emosi yang boleh melemahkan semangat kerjasama semasa program dilaksanakan. Bagi Ketua Jabatan Geografi, Yg. Berbhagia Dr. Mazdi bin Marzuki sudah tentulah menjadi harapan beliau untuk menjadikan Jabatan Geografi sebuah jabatan yang disegani oleh jabatan-jabatan lain melalui keterlibatan program anjuran jabatan yang akan dibantu oleh persatuan yang menjadi peneraju kepada "Kegemilangan Geografi".


Motto, yang dicetuskan oleh Dr. Mazdi bin Marzuki " Geografi Gah Gemilang" menjadi lambang kepada harapan beliau yang inginkan Persatuan Geografi bangkit menyelusuri kegemilangan sehingga dipandang gah oleh masyarakat. Harapan itu, diberikan pengharapan supaya saya dan jawatankuasa menjaga persatuan ini dengan hala tuju yang cemerlang. InsyaAllah. Dengan itu saya akhiri ucapan saya dengan Mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, September 13, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA MANTAN JK PERGEO DAN JK PERGEO SIDANG BARU 09/10


Assalamualaikum Dan Salam Satu Malaysia... Pada 13 September 2009 yang lalu, JK PerGeo Sidang 09/10 telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Mantan JK sidang 08/09 bertempat di OneSmile Bistro, Arked Bahtera.

Semua yang hadir kelihatan gembira dan seronok bertemu dan berkenalan sesama sendiri... Nampaknya silaturrahim berjaya dipereratkan lagi dengan adanya majlis seumpama ini. Di sini ada beberapa panorama sekitar majlis berbuka puasa ini...




Penambahbaikan


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia. Blog GeografiUPSI masih di dalam proses penambahbaikan. InsyaAllah Blog ini akan dilancarkan sepenuhnya selepas cuti hari raya Aidilfitri.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52

Salam,

Saya mewakili Majlis Tertinggi dan EXCO Persatuan Geografi UPSI sesi 2009/2010 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara Malaysia Yang ke-52 tahun. Semoga kita dapat menghayati nilai-nilai dan erti kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang tanahair kita pada satu ketika dulu. Alhamdulillah kita berada di bumi yang merdeka dan juga bertuah diberikan rahmat Allah swt kerana kita tidak lagi dijajah secara fizikal. Namun, harus diingat kita masih lagi dijajah material, minda dan budaya yang seharusnya kita perlu memerdekakan diri kita dari belenggu penjajah yang kita hadapi itu. Kita seharusnya berusaha untuk tidak lagi dikongkong oleh kuasa besar dunia walaupun sukar untuk kita berdiri di atas kaki sendiri namun niat kita untuk merdeka sudah cukup murni dan hasrat kita itu harus dilakukan dalam apa cara yang boleh kita lakukan. Jauhi belenggu penjajahan minda yang boleh merosakkan kita berfikir secara kritis dalam memperjuangkan isu-isu global. Yang penting kita doakan supaya kita merdeka untuk beribadat kepada Allah swt tanpa ada halangan dan meneruskan perjuangan tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam,

Saya mewakili Majlis Tertinggi Persatuan Geografi UPSI sesi 2009/2010 ingin mengucapkan salam ramadhan al-mubarak kepada semua ahli persatuan dan buat amalan wajib serta banyakkan amalan sunat di bulan mulia ini. Keberkatan bulan ramadhan ini sama-sama kita rebut peluang untuk mendekati diri kepada Yang Maha Esa dan juga untuk muhasabah diri yang pentingnya ia hendaklah lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. InsyaAllah kita memohon supaya Allah swt akan pertemukan kita di bulan Ramadhan akan datang.amin.

MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN GEOGRAFI UPSI SESI 2009/2010

EN.AZMI BIN AHMAD BAHAROM
(PENASIHAT)

ABDUL JABBAR B VM PACKEER MOHAMMAD
(PRESIDEN)

FARHAH NATSHA BT MOHD SULAINI
(TIM.PRESIDEN)

SUZIWATI BT EFFENDI
(SETIAUSAHA)

MOHAMAD NAZMI B ZARA'AI
(BENDAHARI)

ROSNANI BT UDIN
(TIM.SETIAUSAHA)

NORSYAZWANI BT ILYAS
(TIM.BENDAHARI)

AHMAD SYAHRIR B HJ.ALIAKHBAR
(EXCO TUGAS-TUGAS KHAS)

SAHILA BT ABU
(EXCO PERHUBUNGAN, TAJAAN DAN KEUSAHAWANAN)

MUHAMAD FARIS B ISMAIL
(AKADEMIK DAN MOTIVASI)

SHARON CHAI BONSKIRO
(EXCO SUKAN DAN REKREASI)

NURUL JANNAH BT ABDUL HALIM
(EXCO KEBAJIKAN, MORAL DAN SAHSIAH DIRI)

NURHIDAYATUL NISHA BT ATAN
(EXCO KHIDMAT MASYARAKAT DAN LAWATAN)

NURUL ASHIKIN BT NGADENAN
(EXCO INFORMASI DAN PENERBITAN)

Semoga dengan lantikan baru ini, PERGEO UPSI 09/10 akan bertambah maju dan ke hadapan... PERGEO Bitara!!!