Wednesday, July 22, 2009

PAMERAN BERSEMPENA KEMPEN 'MERINDU ALAM'

PADA 19 JULAI 2009, JAB. GEOGRAFI DENGAN KERJASAMA PERSATUAN GEOGRAFI UPSI TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGADAKAN PAMERAN BERSEMPENA KEMPEN 'MERINDU ALAM' YANG DIANJURKAN OLEH JMK KHAR.

PAMERAN YHANG DIADAKAN PADA PUKUL 8 SEHINGGA PUKUL 6 PETANG INI TELAH DIKUNJUNGI RAMAI PENGHUNI KHAR TERUTAMANYA AHLI-AHLI PERSATUAN GEOGRAFI SEM 1. ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN IALAH PAMERAN POSTER BERKAITAN ALAM SEKITAR, PAMERAN DAN DEMONSTRASI PENGGUNAAN PERALATAN GEOGRAFI SERTA JUALAN BUKU RUJUKAN GEOGRAFI.

PAMERAN INI TELAH MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGETUA KHAR BERSAMA-SAMA BARISAN FELO DAN JMK. ROMBONGAN INI TELAH DIBERI PENERANGAN OLEH AJK PAMERAN SERTA TURUT MENGALAMI SENDIRI PENGGUNAAN ALATAN GEOGRAFI. DISAMPING ITU, PAMERAN YANG DIANJURKAN SEMPENA KEMPEN INI TURUT MENDAPAT LIPUTAN DARIPADA AKHBAR SINAR HARIAN.

BUAT PIHAK KHAR, AJK PELAKSANA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH SERTA SETINGGI PENGHARGAAN KERANA MEMBERI PELUANG SERTA KERJASAMA YANG CUKUP ERAT SEPANJANG PAMERAN INI DIJALANKAN. TERIMA KASIH.

SESI TAKLIMAT OLEH SDR.PRESIDEN PERSATUAN GEOGRAFI.


PENERANGAN OLEH SDRI. SUHAIDA HANI KEPADA ROMBONGAN PENGETUA DAN BARISAN FELO SERTA JMK KHAR


ANTARA BARISAN AJK PAMERAN BERGAMBAR DI TAPAK PAMERAN
(FOYER BLOK 2, KHAR)

PAMERAN SEMPENA KEMPEN 'MERINDU ALAM'











Pada 19 Julai 2009, Jabatan Geografi dengan kerjasama Persatuan Geografi UPSI telah dijemput untuk mengadakan pameran alam sekitar bersempena Kempen Merindu Alam anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid, KHAR.

Antara aktiviti yang diadakan bersempena pameran ini ialah demonstrasi penggunaan peralatan berkaitan geografi, pameran poster serta jualan buku-buku rujukan geografi. Sambutan dari penghuni KHAR amat menggalakkan terutamanya terhadap demonstrasi dan pameran peralatan geografi. AJK yang terlibat terdiri daripada Majlis Tertinggi Persatuan Geografi dan Rexco Semester 5.

Pada sebelah awal pagi, pameran ini telah dilawati oleh Pengetua, Felo serta JMK KHAR. Rombongan lawatan ini telah diberi penerangan serta demonstrasi penggunaan peralatan geografi oleh AJK yang terlibat. Pameran ini juga telah mendapat liputan Akhbar Sinar Harian.

Buat KHAR, MT Persatuan Geografi merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kerana sudi memberi peluang kepada persatuan amnya, dan jabatan khasnya untuk terlibat sama dalam Kempen Merindu Alam ini. Terima Kasih

Wednesday, July 15, 2009

INFO

Saiz ais di artik menipis tujuh inci

SAINTIS Nasa memberi amaran, ais di bahagian Artik kini bukan sahaja mencair tetapi ketebalannya juga semakin menipis. Keadaan tersebut sekali gus akan mengancam dan membahayakan habitat semula jadi untuk beruang kutub.

Imej daripada satelit menunjukkan pencairan ais yang berlaku meningkat kepada 42 peratus sejak tahun 2004 hingga 2008.

Para saintis juga menganggarkan sejak musim sejuk tahun 2004, saiz ais telah menipis sebanyak tujuh inci dengan jumlah pencairan keseluruhan 2.2 kaki.

Menurut mereka, kejadian tersebut adalah disebabkan oleh kesan fenomena pemanasan global.

Beruang kutub diancam kepupusan berikutan liputan ais yang semakin menipis di Artik.


Terumbu karang musnah 20 tahun lagi

GOLONGAN muda hari ini mungkin merupakan generasi terakhir yang berpeluang menikmati keindahan terumbu karang.

Para saintis marin dalam satu mesyuarat yang diketuai oleh Sir David Attenborough memberi amaran bahawa karang laut akan musnah dalam masa 20 tahun lagi jika dunia terus melepaskan gas karbon dioksida ke atmosfera.

Menurut kajian, kawasan terumbu terbesar dunia iaitu Great Barrier Reef di Australia dijangka mengalami kepupusan 20 tahun lagi jika tiada langkah-langkah pemeliharaan dilaksanakan.

Bagi mereka, usaha menghapuskan kesan rumah hijau perlu giat dilaksanakan dengan mencari jalan bagaimana kehadiran gas beracun itu dapat dikurangkan.

Terumbu karang sebenarnya bukan sahaja cantik, malah ia turut berfungsi melengkapkan ekosistem laut seperti menjadi habitat dan sumber makanan kepada hidupan air lain.

Kehadiran gas karbon dioksida yang terlalu tinggi akan menyebabkan laut menjadi berasid dan suhu meningkat seterusnya menyumbang kepada fenomena pelunturan terumbu karang.






LPA Salak Tinggi mungkin ditutup

Berikut merupakan petikan artikel berkenaan yang dimuatkan dalam akhbar online Utusan Malaysia.


SEPANG 14 Julai - Loji Pembersihan Air (LPA) Salak Tinggi yang membekalkan air kepada 10,000 penduduk di sini mungkin terpaksa ditutup sepenuhnya akibat pencemaran berterusan di Sungai Labu.

Loji tersebut pernah ditutup sebanyak 13 kali sejak 2005 dan mencatat rekod penutupan selama tiga bulan gara-gara air sungai tercemar dan tidak menepati piawaian kesihatan.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, pencemaran ammonia di Sungai Labu menjadi serius terutama pada musim kemarau ketika paras air sungai rendah.

''Pencemaran ammonia berpunca daripada sampah dan bahan buangan industri di sungai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Seekor ikan ditemui menggelupur di gigi air kawasan pertembungan Sungai Nilai dan Sungai Labu di Sepang semalam, mungkin disebabkan airnya tercemar. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

Utusan Malaysia semalam melaporkan operasi LPA Salak Tinggi di sini terpaksa dihentikan kerana pencemaran ammonia, air berbuih dan berbau busuk. Loji ini pernah ditutup pada 26 Jun lalu tetapi dibuka semula pada 28 Jun. Ia terpaksa ditutup semula pada 6 Julai lalu selepas air Sungai Labu didapati tercemar. Bekalan air di Sepang bagaimanapun tidak terjejas kerana Syabas telah menyalurkan air dari sumber alternatif melalui Sungai Semenyih. Penduduk di Kampung Tanjung, Nilai yang menetap di tepi sungai mendakwa pencemaran Sungai Labu berpunca daripada bahan buangan industri dari Sungai Nilai yang mengalir ke Sungai Labu. Abdul Halem berkata, selain LPA Salak Tinggi, LPA Batu 11 di Cheras merupakan satu lagi loji yang yang paling kerap dihentikan operasi kerana pencemaran di Sungai Langat. Menurutnya, LPA Batu 11 Cheras telah dihentikan operasinya pada hari ini selepas Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (Puncak Niaga) mengesan pencemaran ammonia di sungai tersebut. ''Bekalan air bagaimanapun tidak terjejas kerana Syabas telah menyalurkan air dari sumber alternatif. ''Puncak Niaga telah memaklumkan kepada pihak berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar sebaik menerima laporan mengenai pencemaran sungai," katanya.



Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my



Tuesday, July 14, 2009

PROGRAM EXPLORASI AKADEMIK GEOGRAFI

PADA HARI SELASA (14 JULAI 2009), JABATAN GEOGRAFI UPSI MENERIMA KUNJUNGAN DARI WARGA SEK. MEN. KEB. JENGKA 2, PAHANG DARUL MAKMUR. KUNJUNGAN INI TIBA PADA JAM 10.00 PAGI DAN DI SAMBUT OLEH WARGA JABATAN GEOGRAFI UPSI YANG DIKETUAI EN. MAZDI BIN MARZUKI, KETUA JABATAN GEOGRAFI, BARISAN PENSYARAH GEOGRAFI, EN. MOHD. HAIRY DAN EN. NASIR NAYAN. TURUT SERTA IALAH AJK PROGRAM YANG DIKETUAI SAUDARA AMAR AL-BAKHTIAR BIN ABD. RAHMAN SERTA PELAJAR SEMESTER 5 YANG LAIN. TURUT SERTA DALAM PROGRAM INI IALAH TIMBALAN DEKAN AKADEMIK FSSK, DR. MOHD. SUHAILY YUSRI BIN CHE NGAH YANG TURUT BERSAMA-SAMA MENGIRINGI ROMBONGAN INI PULANG.

ROMBONGAN DARI SMK JENGKA 2 INI TERDIRI DARIPADA 8 ORANG GURU PENGIRING DAN 37 ORANG PELAJAR PRA-UNIVERSITI SEKOLAH BERKENAAN. ROMBONGAN INI TELAH DI BERI TAKLIMAT BERKENAAN JABATAN GEOGRAFI UPSI OLEH EN. MAZDI SENDIRI. PARA PELAJAR DAN GURU PENGIRING JUGA DI BAWA MELAWAT MAKMAL-MAKMAL GEOGRAFI IAITU MAKMAL FIZIKAL SERTA MAKMAL GIS DAN TURUT MERASAI SENDIRI PENGALAMAN MENGENDALIKAN ALATAN-ALATAN GEOGRAFI DI MAKMAL FIZIKAL.TURUT SERTA DALAM LAWATAN INI, PENULIS BUKU RUJUKAN GEOGRAFI BAGI STPM, TN. HJ. RUSLY MUSA.

PARA PELAJAR JUGA TELAH MENYAKSIKAN TAYANGAN VIDEO BERKAITAN KEJADIAN GUNUNG BERAPI YANG DIADAKAN DI MAKMAL SEJARAH SELEPAS SESI FOTOGRAFI DI HADAPAN BANGUNAN MAKMAL GEOGRAFI. ROMBONGAN INI MENERUSKAN PERJALANAN KE CAMERON HIGHLAND SELEPAS MENIKMATI JAMUAN MAKAN TENGAH HARI.


SEKITAR LAWATAN PARA PELAJAR DAN GURU KE MAKMAL FIZIKAL GEOGRAFI BERSEMPENA EXPLORASI AKADEMIK GEOGRAFI

SESI RAMAH MESRA BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1

PADA HARI JUMAAT (10 JULAI 2009), BARISAN MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN GEOGRAFI UPSI SESI 2008/2009 TELAH MENGADAKAN SESI KUNJUNGAN MESRA BERSAMA MAHASISWA/I PENDIDIKAN GEOGRAFI SESI 2009/2010. MAJLIS RINGKAS BERKENAAN DI JALANKAN DI AUDITORIUM 2 JAM 4.30 PETANG. MT PERSATUAN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA EN. MAZDI BIN MARZUKI, KETUA JABATAN GEOGRAFI KERANA MEMBERI KEIZINAN KEPADA KAMI UNTUK MENGADAKAN MAJLIS RINGKAS TERSEBUT.

ANTARA MT YANG HADIR IALAH SAUDARA MOHD. FAKHRUL ANWAR (PRESIDEN), SAUDARI FADLUN NISA' (S/USAHA), SAUDARA MOHD. ROSLAN (BENDAHARI), TERMASUK BARISAN EXCO PERSATUAN, SAUDARA ABD. JABBAR, SAUDARA CHE SULAIMAN, SAUDARI SUHAIDA HANI, SAUDARI MISLIHA, DAN SAUDARA AHMAD IQBAR.

DALAM MAJLIS BERKENAAN, TELAH DIEDARKAN KEPADA AHLI-AHLI SEMESTER 1 LEMBARAN RASMI PERSATUAN, PENA ALAM (EDISI 1 2009/2010) YANG MERUPAKAN EDISI KHAS PENGENALAN KEPADA MEREKA SERAMAI 101 ORANG. DISAMPING ITU, SEMUA MT PERSATUAN TELAH MEMPERKENALKAN DIRI MASING-MASING SERTA MENJELASKAN FUNGSI TUGAS MASING-MASING.


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI SEMESTER 1 ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.

Sekitar Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Semester 1



SELAMAT DATANG KE UPSI


MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN GEOGRAFI UPSI SESI 2008/2009 MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAHKEPADA SEMUA MAHASISWA/I PENDIDIKAN GEOGRAFI AMBILAN JULAI SESI 2009/2010.

SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. SELAMAT BERGELAR ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN.


KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN GEOGRAFI UPSI, TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2008/2009.

SELAMAT KEMBALI MENERUSKAN SESI PENGAJIAN ANDA. BUAT SEMUA AHLI SEMESTER 8 YANG SEDANG MENJALANI LATIHAN PRAKTIKUM, SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM.

-THINKING AS GEOGRAPHER-

Friday, May 1, 2009

Guru berpolitik??

APABILA isu pembabitan guru dalam politik dicadangkan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini, ia menerima pelbagai reaksi masyarakat.
APABILA isu pembabitan guru dalam politik dicadangkan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini, ia menerima pelbagai reaksi masyarakat.Ada menyambut baik cadangan itu, tetapi meletakkan syarat tertentu dan yang lain mahu golongan pendidikan dilarang menyertai politik kerana bimbang menjejaskan mutu pendidikan.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.Pegawai kerajaan Kumpulan A atau Pengurusan juga dilarang mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti berkempen, sama ada pada waktu pejabat atau luar waktu pejabat.Bagaimanapun, jika cadangan itu ditarik balik, apakah guru mampu memberi sumbangan terhadap usaha memartabatkan industri pendidikan negara sedangkan mereka terpaksa menjalankan dua tanggungjawab serentak? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail, berkata pembabitan guru dalam politik tidak menjejaskan pendidikan negara terutama generasi muda. Beliau yang juga bekas guru besar, berkata kejayaan guru berpolitik sudah dibuktikan sejak Umno ditubuhkan."Berpolitik dalam kalangan guru bukannya baru kerana sejarah membuktikan pejuang bangsa dahulu terdiri daripada golongan pendidik malah mereka dipandang tinggi dalam masyarakat."Walaupun bertanggungjawab mendidik, mereka turut memperjuangkan bangsa Melayu," katanya.Pembabitan guru dalam bidang politik juga dilihat mampu melahirkan idea baru kerana mereka dekat dan dihormati masyarakat.Menurutnya, cadangan Hishammuddin mungkin bertitik- tolak daripada trend masa kini apabila bidang politik lebih banyak dimonopoli golongan korporat. "Pembabitan guru membantu melahirkan golongan ahli politik yang berkebolehan dengan idea bernas dan segar."Tiada salahnya seseorang guru itu berpolitik asal mereka mempunyai minat dan bersikap profesional," katanya.Katanya, masalah guru mengabaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa kerana berpolitik tidak akan timbul kerana beliau percaya mereka boleh menguruskan masa dengan baik."Sebagai pendidik, mereka sentiasa bersikap profesional dan bertanggungjawab."Jadi, saya pasti guru yang berpolitik ini mampu melakukan dua tanggungjawab dalam satu masa," katanya yang berpengalaman 25 tahun menjadi pendidik.Mengulas Perlembagaan Persekutuan melarang pegawai dalam kumpulan A dan pengurusan tertinggi terbabit aktif dalam politik, Ibrahim berkata perlembagaan boleh dipinda jika mendapat persetujuan ramai."Kita yang mencipta Perlembagaan, justeru tiada masalah untuk meminda atau mengubah asalkan mendapat persetujuan dan memberi manfaat kepada masyarakat."Pada masa sekarang pun, ada guru terbabit dalam politik secara diam-diam, justeru lebih baik memberi kebenaran daripada mereka melakukannya secara rahsia," katanya.Jika guru mahu aktif dalam politik, Ibrahim menasihatkan mereka sentiasa bertanggungjawab kepada kerjaya dan politik."Jika menyertai mana-mana parti politik pun, mereka perlu bersikap adil dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar," katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Hilmi Ramli, berkata pembabitan guru dalam politik lebih banyak memberikan impak negatif berbanding positif.Menurutnya, jika guru berpolitik, ia akan menjejaskan pendidikan anak bangsa selain memecahbelahkan bangsa Melayu."Guru perlu bersikap neutral dan tidak memihak mana-mana parti politik. "Saya percaya golongan guru tahu pendirian mereka sebagai pendidik dan lebih bertanggung jawab untuk memberi ilmu kepada pelajar."Jika taksub kepada mana-mana politik pun, jangan dibawa sentimen atau emosi di sekolah termasuk ketika mengajar dalam kelas."Jika emosi mengenai kepartian dibawa ke sekolah, saya bimbang perpecahan masyarakat bertambah parah," katanya.Katanya, bangsa Melayu sudah berpecah-belah dengan adanya pelbagai parti politik dan tidak punya persepakatan.Hilmi berkata, kebanyakan guru dahulu adalah pejuang politik terutama ketika era menuntut kemerdekaan dan penubuhan Umno.Bagaimanapun, katanya dengan perkembangan semasa yang gawat, pembabitan golongan pendidik dalam arena politik tidak sesuai."Jika golongan guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan lain pastinya mahu hak yang sama dan ini menimbulkan pelbagai implikasi kepada masyarakat serta negara."Jika semua pihak asyik berpolitik, apa akan jadi kepada urusan penting negara dan jika dilakukan pun, mungkin kualitinya merudum," katanya.Bagaimanapun, katanya jika golongan itu tetap mahu terbabit secara aktif dalam politik, mereka boleh berhenti dan meletak jawatan sebagai pendidik.