Sunday, January 17, 2010

Salam

Buat semua ahli persatuan Geografi dan pembaca blog ini, kami mendapat beberapa cadangan dan komen dari pembaca untuk membuat post tentang nota, dan bahan-bahan yang berguna untuk pelajar Geografi UPSI khasnya. untuk pengetahuan pembaca, kami telah meletakkan beberapa pautan yang kami kira sangat berguna untuk kegunaan pembaca lebih-lebih lagi dalam membuat tugasan dan thesis. anda boleh mencari pautan itu di sebelah kanan laman blog ini untuk mendapatkan carta, data, statistik, graf dan banyak lagi maklumat berguna untuk anda semua.
Pautan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Takziah

Ahli Majlis tertinggi dan EXCO PERGEO mewakili ahli-ahlinya dengan dukacita mengucapkan takziah tidak terhingga atas kehilangan kedua orang pelajar UPSI iaitu saudara Mohd Faizol bin Abdul Sukor dan Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin dalam kemalangan ngeri pada 12 Januari yang lalu.
Semoga Allah mengampuni dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang Soleh.
Al-Fatihah...

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Kembali

Assalamualaikum dan Salam perpaduan...

Ahli Majlis Tertinggi dan EXCO PERGEO UPSI ingin mengucapkan selamat kembali meneruskan pengajian dalam Semester Baru dan rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi dan Tahun Baru Hijrah. Diharapkan semua ahli persatuan kembali dengan pelbagai Idea Baru, Minda Baru dan Azam serta tekad yang lebih mantap disertai semangat yang jitu. Begitu juga harapan kami agar anda mencapai segala azam dan dapat menggarap segala kejayaan dalam tahun baru ini. Anggaplah cabaran itu suatu wadah untuk anda menceduk semangat dan menghirup kekuatan dalam diri serta menguji kekuatan dan memperbaiki kelemahan.

Kami juga dengan berbesar hati ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menyertai program-program yang bakal di adakan oleh PERGEO UPSI, Jabatan Geografi dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan nanti. Pelbagai program menarik akan diadakan dan kami akan terus memperbaharui setiap buletin PERGEO UPSI melalui Blog Persatuan yang tercinta ini. Diharap anda akan terus bersama-sama kami menjadikan PERGEO kita terus gah dan gemilang...

Salam Ukhuwah dan Sejahtera dari kami semua...