Thursday, March 26, 2009

TAKWIM PERSATUAN GEOGRAFI UPSI 2008/2009

1.MAJLIS BERBUKA PUASA MT DAN EXCO BERSAMA REXCO- 24 SEPTEMBER 2008

2. SEMINAR GEOGRAFI UPSI- FEBRUARI 2009

3. HARI INTERAKSI - FEBRUARI 2009

4. SUKAN ATMOSFERA SEMESTER 4- 22 MAC 2009

5.PEADAS'09 - 30 MAC- 10 APRIL 2009

6. KITAR SEMULA : TANGGUNGJAWAB BERSAMA - 4-7 APRIL 2009

7. ANUGERAH KEMERLANGAN MAHASISWA GEOGRAFI 2009 ( AKMA GEO 09)- *11 APRIL 2009.

8. BENGKEL KECEMERLANGAN GEOGRAFI PMR- 17 APRIL 2009

9. BENGKEL KECEMERLANGAN GEOGRAFI SPM- 22 MEI 2009

10. BENGKEL GIS SPM - 12 JUN 2009

11. EXPLORASI GUNUNG TAHAN - *JUN 2009

12. BENGKEL SKOR 'A' STPM- * JUN 2009

13. BENGKEL PENULISAN ILMIAH -* JULAI 2009

14. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)- * jULAI

Wednesday, March 25, 2009

TAHNIAH KEPADA PENSYARAH GEOGRAFI YANG BERJAYA MENGIKUTI EKSPO PENYELIDIKAN DAN INOVASI UPSI

Salam,

Kepada pensyarah geografi yang menjalankan penyelidikan dan menyertai Ekspo Penyelidikan dan Inovasi yang berakhir sebentar tadi kami ingin mengalungkan setinggi ucapan tahniah di atas kemenangan bersama-sama pingat masing-masing. Pesanan daripada Pro-Canselor bahawa perlunya para pensyarah menjalankan penyelidikan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar supaya pendekatan yang diambil melalui penyelidikan boleh diterapkan kepada pelajar. Beliau juga berharap para pensyarah dapat meneruskan penyelidikan ini pada masa akan datang. Ini dapat dilihat keaktifan para pensyarah geografi melakukan penyelidikan dalam sesuatu bidang melalui penyertaan ekspo ini.
Syabas & Tahniah Daripada Persatuan Geografi UPSI 2008/2009

PAMERAN EXPLO ATMOSFERA DAN ALAM SEKITAR 2009


PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Kursus LGF 2023 Kajian Atmosfera, LGF 2033 Kajian Alam Sekitar, dan LGF 2043 Kajian Sumber Alam dan Alam Sekitar Jabatan Geografi UPSI dengan kerjasama Persatuan Geografi UPSI akan menganjurkan Pameran Explo Atmosfera dan Alam Sekitar 2009 seperti butiran berikut :-
Tarikh: 30 Mac - 3 April 2009
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi: Auditorium Utama,Universiti pendidikan Sultan Idris

*Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk para pengunjung termasuk pameran buku berkaitan Geografi turun diadakan.

p/s: semua pelajar geografi tolong terlibat dalam pameran ini

EKSPO PENYELIDIKAN DAN INOVASI UPSI (EKSPIN)


Salam,

Tahniah kepada pensyarah geografi yang terlibat dalam ekspo penyelidikan seumpama ini yang dianjurkan oleh pihak UPSI. Ia bukan hanya memberikan pengalaman berharga kepada pensyarah dalam memartabatkan pendidikan geografi melalui penyelidikan mereka, namun pelajar juga mendapat sumber ilmu yang diperolehi melalui penglibatan ke pameran tersebut yang telah dijelaskan oleh pensyarah melalui penyampaian kepada pengunjung pameran tersebut. Ekspo seumpama ini perlu diikuti oleh pelajar geografi untuk menambahkan ilmu dan akan digunakan apabila mengajar nanti. Kaedah penyampaian dan penerangan oleh pensyarah adalah cukup mudah untuk difahami oleh pelajar berdasarkan penyelidikan yang dijalankan. Kepada pelajar-pelajar geografi yang secara automatik menjadi ahli persatuan apabila mendapat tawaran pengajian daripada UPSI haruslah peka terhadap keterlibatan persatuan dan juga keterlibatan pensyarah di dalam pameran seumpama ini. Faedah yang didapati daripada pameran ini juga banyak kepada kita bakal-bakal guru dan juga menjadi landasan kepada kita untuk meneruskan pengajian dalam bidang geografi di peringkat yang lebih tinggi. Disini persatuan geografi ingin mengucapkan tahniah dan syabas diatas usaha yang telah dilakukan oleh pensyarah dalam melakukan penyelidikan dan juga menyertai ekspo penyelidikan dan inovasi ini.

Senarai Penyelidikan dan PensyarahYang Dijalankan dan Di Pamerkan Pada Ekspo Penyelidikan dan Inovasi UPSI:

1. Pengangkutan Awam Untuk Pelajar Sekolah Di Malaysia: Isu dan Penyelesaiannya. (En. Mazdi bin Marzuki)

2. Ketersampaian Pelajar Sekolah Di Kawasan Pedalaman: Kajian Di Gua Musang. (En. Mazdi bin Marzuki)

3. Sistem Maklumat Geografi Secara Online: Kajian Kes Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris. (En. Nasir bin Nayan)

4. GIS Dalam Pendidikan: Suatu Model GIS @ School Di Tanjong Malim. (En. Nasir bin Nayan dan En. Azmi bin Ahmad Baharom)

5. Kesan Pembangunan Terhadap Persekitaran Fizikal Di Ipoh, Perak. (En. Mohd Hairy bin Ibrahim, En. Mohmadisa bin Hashim, En. Nasir bin Nayan)

6. Kajian ' Survival ' Warisan Budaya Dalam Sektor Pelancongan Di Negeri Melaka. (En. Yazid bin Saleh)

7. Pengaruh Perubahan Guna Tanah Terhadap Taburan Hujan Di Kawasan Trolak- Slim River- Behrang- Tanjong Malim- Hulu Bernam (Bahagian Hulu Lembangan Sungai Bernam). (Dr. Mohamad Suhaily Yusri bin Che Ngah)

8. Keberkesanan Kepelbagaian dan Masa Depan Taman Rekreasi Kolam Air Panas (Trap) Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan Di Negeri Perak. (Dr. Fauziah binti Che Leh, En. Nasir bin Nayan, En. Yazid bin Saleh dan En. Mohd Hairy bin Ibrahim)

Monday, March 23, 2009

SISTEM GALAKSI

Salam,

Sila play untuk melihat sistem galaksi yang berfungsi dalam sistem suria. Sistem ini disusun rapi oleh Allah swt dalam mengatur sistem-sistem tersebut mengikut peraturannya tersendiri. Sebagai pelajar geografi anda harus memikirkan kebesaran yang diciptakan oleh Allah swt ini. MasyaAllah betapa hebatnya kekuasaanMu meliputi langit dan bumi. Pelajar yang belajar geografi menjadi wadah untuk memikirkan kebesaran Allah swt dan betapa hinanya kita sebagai hamba ini.

p/s: memikirkan sesaat tentang kejadian Allah swt dan menginsafi tentang kejadian kita sebagai hamba lebih baik memikirkan tentang benda-benda lain. (Maksud Hadis)

Saturday, March 21, 2009

MAKLUMAN PROGRAM

MAKLUMAN PROGRAM

PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN GEOGRAFI
KURSUS KAJIAN ATMOSFERA, KAJIAN ALAM SEKITAR, DAN KAJIAN SUMBER ALAM DAN ALAM SEKITAR AKAN MENGANJURKAN PAMERAN EXPLO ATMOSFERA DAN ALAM SEKITAR ( PEADAS'09) SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 29 MAC 2009 HINGGA 3 APRIL 2009
TEMPAT: MAKMAL FIZIKAL, MAKMAL P&P DAN MAKMAL KARTOGRAFI, JABATAN GEOGRAFI, FSSK

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SATU MAJLIS PERASMIAN PEADAS'09 AKAN BERLANGSUNG PADA 30 MAC 2009 (ISNIN) PADA JAM 3.00 PETANG BERTEMPAT DI AUDITORIUM UTAMA UPSI.

SEMUA AHLI DAN PELAJAR MAJOR SERTA MAHASISWA/I UPSI DIJEMPUT HADIR

SEKALUNG TAHNIAH...

Persatuan Geografi merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa orang pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atas lantikan ke jawatan baru. semoga perlantikan berkenaan dapat memberikan suatu semangat dan cita-cita baharu khususnya dalam membentuk mahasiswa FSSK yang bitara. Tahniah dan Selamat Bertugas!


Dr. Ibrahim b. Hashim
dilantik sebagai Dekan FSSK menggantikan Prof. Dr. Adnan b. Haji Nawang

Dr. Fauziah bt. Che Leh
dilantik sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah,FSSK mengambil alih tugas Dr. Ibrahim b. Hashim yang telah dilantik sebagai Dekan FSSK.

En. Mazdi b. Marzuki
dilantik sebagai Penyelaras Jabatan Geografi menggantikan Dr. Fauziah bt. Che Leh (mantan KJ Geografi).

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN GEOGRAFI UPSI SIDANG 2008/2009

PENASIHAT PERSATUAN :
EN. AZMI B. AHMAD BAHAROM

PRESIDEN:
MOHD. FAKHRUL ANWAR B. ZAKAFLE

SETIAUSAHA :
FADLUN NISA' BT. MOHD. TOHID

BENDAHARI :
MOHD. ROSLAN B. ABD. GHANI

EXCO KEAHLIAN & KEBAJIKAN:
CHE SULAIMAN B. YAAKUB

EXCO PENGURUSAN MAJLIS & PERHUBUNGAN AWAM:
AHMAD IQBAR BIN OMAR

EXCO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA:
MUHD. RAZMAN B. SIRUN

EXCO AKTIVITI :
SUHAIDA HANI BT. DAUD

EXCO PERALATAN & PERSIAPAN TEMPAT :
ABD. JABBAR B. VM PACKEER MOHAMMED

EXCO AKADEMIK:
NOORHAFISZAH BT. ABD. BASAR

EXCO KEROHANIAN:
ZULKIFLI B. YAHYA

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN GEOGRAFI UPSI SIDANG 2008/2009

TINTA PENGARANG...

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

setinggi rasa syukur dipanjantkan kehadrat Maha Khaliq atas segala limpah inayahnya dapat jua disiapkan suatu pendekatan tekno yg baru-blog.
sebenarnya persatuan sudah mempunyai akaun blog yang lama dan sudahpun dimaklumkan kepada ahli, namun terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan sidang redaksi memutuskan untuk membuka akaun yg baharu.

oleh hal yang demikian, sidang redaksi memohon kemaafan atas segala kesulitan. diharapkan medan baharu ini bakal memberikan lebih banyak informasi dan hebahan kepada semua ahli. insya allah..

sekian buat seketika,
mohon permisi.